CARA MENGHILANGKAN SENGGUGUT TRADISIONAL

Monday, November 27, 2017

Senggugut sering menyerang wanita yang sedang datang bulan. Feni adalah salah seorang yang pernah kena senggugut teruk. Masa anak dara dulu, kalau kena senggugut teruk mesti tak pergi sekolah dan berehat di rumah je.

Sakitnya hanya tuhan je yang tahu. Nak hilangkan senggugut ni macam-macam cara Feni buat. Rupanya mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Bertahun-tahun kena senggugut sampai takut nak datang bulan. Bila kena di sekolah, cikgu terpaksa hantar balik sebab tak tahan tengok Feni. 


Antara cara yang Feni buat untuk menghilangkan senggugut


1. Banyakkan minum air suam/panas
Beberapa hari sebelum datang bulan, Feni akan banyak minum air suam atau air panas untuk mengelakkan badan kurang air. Air kan banyak membantu dalam melancarkan perjalanan darah. Jadi pengambilan air kosong suam/panas memang membantu mengurangkan sakit senggugut.

2. Bertungku
Masa datang bulan, Feni suka bertungku. Guna air panas dalam botol atau pun batu tungku. Batu tungku lagi best sebab panasnya tahan lama.

3. Elakkan Makanan Yang Tinggi Garam
Benda ni memang Feni elakkan, tapi biasalah sebelum datang bulan mesti nafsu nak makan memang lain macam. Rasa nak makan itu nak makan ini. Namun kena elakkan makanan yang tinggi garam macam keropok segera tu.

4. Lakukan Senaman
Bersenam membantu melancarkan perjalanan darah dan oksigen ke otak. Ini bukan sahaja membantu dalam meningkatkan kesihatan malah masalah senggugut juga boleh lega.

5. Amalkan Suplemen
Antara suplemen penting yang Feni selalu amalkan ialah ESP, Vitalea, B-Complex, Alfalfa dan Gla-Complex. Ini memang membantu Feni dalam mengelakkan sakit senggugut. 

TESTIMONI SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT



Untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

ATAU

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.