KENAPA SAYA TAK SUKA PAKAI MEKAP TEBAL-TEBAL

Wednesday, November 15, 2017
Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk buat perkongsian tentang mekap. Feni adalah orang yang sangat simple. Siapa yang tak suka mekap ? Feni juga suka mekap, namun setelah berkahwin dan mempunyai anak. Nak mekap tebal-tebal mengambil masa yang agak lama.

Rasa nak feeling cantik, tunggu masa tengah period atau pun nak pergi kenduri. Tu pun lepas settle je mesti nak cepat-cepat cuci muka sebab tak selesa.

Dalam Islam pun tak digalakkan berhias secara berlebihan. Bagi wanita yang dah kahwin macam Feni ni memang berhias untuk suami jela. Pergi kerja pun kadang-kadang mekap kadang idok. Hahaha tapi pakai juga la pelembab dan bedak sikit kat muka. Kalau tak pakai langsung dah macam mak lampir la pulak kan. Hahaha.

Kita ni kena solat 5 waktu. Jadi perlu berwuduk sebelum solat. Syarat sah wuduk adalah air kena sampai ke seluruh bahagian wuduk. Jadi kalau Feni pakai mekap tebal-tebal takut jugak wuduk tak sah jadi solat pun sia-sia. Dunia ni sementara. Banyak lagi alam yang kita nak kejar.


Jadi nak cantik secara semulajadi saya pilih suplemen yang terbaik untuk diri Feni. Feni amalkan suplemen yang selamat dan baik untuk kesihatan. 

Untuk cantik tanpa mekap Feni amalkan SET CANTIK SHAKLEE iaitu Vitamin C, Vitamin E dan juga ESP. 3 benda ni memang Feni tak tinggal. Mesti amalkan hari-hari dengan konsisten.

Nak ambik gambar tanpa mekap pun tak risau sebab kulit tak kusam. Yakin dengan diri sendiri. 



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.