KEPERLUAN PROTEIN UNTUK TUBUH KITA

Wednesday, November 22, 2017

Protein adalah seperti blok binaan tubuh kita, sama seperti batu bata rumah kita. Binalah asas kepada tubuh yang sihat dengan memberikan orang tersayang sumber protein terbaik untuk fungsi tubuh yang optima kerana dengan sumber yang betul, keluaraga akan lebih sihat dan bahagia.

1. PERTUMBUHAN DAN PEMBESARAN

Nutrien penting terutamanya pada peringkat kanak-kanak, remaja dan ibu mengandung. Ia membantu membina sel, menyokong sistem imun dan fungsi tubuh optimum termasuk rambut berkilau, kulit lembut dan kuku yang kuat. Protein dan komponen asid aminonya juga berfungsi sebagai hormon, enzim dan pengangkut nutrien yang lain.

2. TENAGA BERKEKALAN

Minuman tenaga dan berkafein hanya mampu memberikan kesan sementara. Walaubagaimanapun, pengambilan protein yang mencukupi boleh membantu anda mengekalkan tenaga kerana ia mengambil masa yang lama untuk dihadam, sekaligus memberikan sumber tenaga yang berkekalan agar kita mampu melakukan pelbagai tugasan dan kekal cergas sepanjang hari.

3. PENGURUSAN BERAT BADAN

Diet yang tinggi protein boleh mengurangkan berat berbanding rendah dengan protein kerana peranannya dalam mengekalkan rasa kenyang. Kajian menunjukkan bahawa memiliki berat badan yang sihat dan pengekalan berat badan tersebut boleh membantu memanjangkan jangka hayat hidup.


4. KESIHATAN JANTUNG

Kajian jangka masa panjang selama 20 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan rendah karbohidrat, tinggi lemak berasaskan sayuran mempunyai 30% lebih rendah risiko terhadap penyakit jantung berbanding mereka yang makan makanan yang tinggi karbohidrat, diet rendah lemak. Walaubagaimanapun, menambahkan protein sayuran di dalam diet dapat mengurangkan masalah kesihatan jantung serta membantu mengekalkan dan meningkatkan fungsinya.


5. KESIHATAN TULANG

Selain kalsium, terdapat pelbagai lagi nutrien lain yang penting untuk kesihatan tulang, termasuk protein. Pelbagai penemuan mencadangkan pengambilan protein yang tinggi berkait rapat dengan pengurangan kepadatan tulang, tinggi kepadatan tulang dan mengurangkan risiko patah tulang. Dalam kajian terbaru, peningkatan pengambilan protein, terutamanya apabila diambil bersama kalsium dan vitamin D dalam diet, boleh mengurangkan kepadatan tulang dan meningkatkan kekuatan otot.

6. KESIHATAN OTOT

Kemerosotan jisim otot berlaku akibat penuaan usia dan ia terjadi tanpa kita sedari kerana ia sering disalah anggap dengan peningkatan lemak dalam badan. Ini boleh menyebabkan kemerosotan otot yang kronik dikalangan warga emasyang berumur lebih daripada 60 tahun, apatah lagi pada yang berumur 80 tahun. Pengambilan protein yang mencukupi membantu mengurangkang atau melambatkan proses kemerosotan otot ini.


untuk pertanyaan dan pesanan boleh menghubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


ATAU



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.