FIRE DRILL PLAZA PERMATA 2017

Thursday, December 21, 2017
Tahun ni adalah tahun yang kedua jadi Chief Floor. Seingat Mak Jemah la tahun lepas tak jadi sebab dalam fesbook tak keluar pun memori tahun lepas. Yang keluar 2 tahun lepas. Masa tu pakai shawl warna biru. Muehehehe.

Siap bergaduh dengan TokDin sebab dia tak mengaku tahun lepas dia tak jadi CF. Ye ke ? Entahlah tak hengat la Mak Jemah. Biarlah malas nak pikir sebab buat semak pale je.

Untuk kenangan meh Mak Jemah catat dalam blog sebab nanti next year ingat balik. Tahun lepas aku dah jadi CF. Hahahaha senang je jadi CF ni. Jaga anak-anak buah 4 orang termasuk diri sendiri. Dah pergi fire drill briefing 2 minggu sudah.



Breakfast bersama kakak-kakak sayang di medan selera Pekeliling.

Bila loceng dibunyikan terpaksalah kami turun menggunakan tangga. Tahun ni menunjukkan peningkatan dari segi jumlah head count. Alhamdulillah tepukan gemuruh diberikan untuk diri sendiri dan warga Plaza Permata.

Untuk cerita yang pendek-pendek Mak Jemah banyak share di instagram dan juga fb. Boleh follow disana ya. (promo sikit)





Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tiada yang tidak best tahun ni. Tahun depan kalau panjang umur, ada rezeki boleh jumpa lagi dengan latihan macam ni. Terima kasih tuan-tuan bomba dan penyelamat serta warga yang terlibat. Masa untuk buat latihan ni pun tak lama.

Dalam pukul 10.30 dah selesai untuk sesi wajib. Sesi bergambar dengan bomba dan penyelamat diteruskan oleh mereka yang ingin berselfie dan wefie. Mak Jemah tak kuasa nak bergambar terus naik sebab takut lif ramai orang. Bila dah sangkut di bawah memang susah nak naik ke atas.


Okey habis dah laporan untuk fire drill tahun ni. 

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.