FAMILY FIRST

Tuesday, March 20, 2018

Saat bersama family adalah saat yang paling indah dalam hidup ini.

Dah lama dah entry ni kena peram kat dalam draft sebab asyik tergendala nak publish. Macam-macam hal kalau nak cerita. Gambar yang diambil di atas pun dah lama. Adik kecik lagi masa tu. Sekarang adik dah nak masuk 4 tahun dah.

Alhamdulillah dikurniakan keluarga kecil yang bahagia. Masa ni kami follow family day en husband ke Cameron Highland. Yang lain semua naik bas, kami je bawak kereta sendiri ikut belakang bas. 

Bila tengok gambar ni teringat seronoknya berjalan dengan family. Ke ladang teh ni kena naik bas dan dikenakan bayaran RM2 seorang. Abang Aus dan Adik Rayyan paling seronok. Bila depa 2 orang tengok gambar ni mesti request nak pergi lagi. Bila nak pergi Cameron lagi ? 

Nak pergi tu boleh anak-anak. Masalahnya masa tak sesuai. Asal plan je mesti ada agenda lain. Biasalah kita manusia ni hanya boleh merancang dan Allah saja yang menentukan. Tambah-tambah pulak Abang Aus dah sekolah. Lagi susah nak pergi mana-mana. 

Bermula dari tahun lepas, bila balik kampung pun dah tak boleh lama-lama. Balik masa cuti je. Bila dah mula sekolah ni, abang aus semakin sibuk dengan urusan sekolah di waktu pagi. Petang pulak nak mengaji. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Abang Aus pun semakin pandai mengeja dan membaca. Iqra pun dah pandai. Setiap kali ummi sampai rumah ada saja laporannya.

Tahun depan Abang Aus dan masuk darjah satu. Bulan lapan nanti ummi dengan abah kena pergi sekolah untuk confirmkan semula. Ummi awal-awal dah daftar sekolah abang. Sekolah agama pun dah siap daftar. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Tunggu bulan 10 nanti, ummi dengan abah kena uruskan persekolahan Adik Rayyan pulak. Nak daftar masuk Tabika 5 tahun. Walaupun adik baru masuk 4 tahun, ummi nak hantar sekolah jugak sebab takut adik ketinggalan. Adik pun semangat nak sekolah.

Ummi dengan abah kena prepare semua barang-barang belajar anak-anak. Terima kasih tuhan sebab memberikan kami peluang untuk menjaga dan mendidik anak-anak syurga ni. Amanah yang tidak ternilai walaupun kadang-kadang terbabas juga. Terima kasih sebab memberikan kami nikmat yang tidak terhingga. 

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.