ABANG AUS BELAJAR SOLAT DI SCHOOL

Friday, June 08, 2018
Hari ni ummi tak hantar Abang Aus ke sekolah sebab kena keluar awal dengan Cikni. Selalu ummi dengan abah hantar sampai Abang masuk sekolah.

Abang Aus minta ummi siapkan sejadah dengan songkok sebab hari ni ada latihan amali solat di Sekolah. Cikgu hantar pesanan melalui Whatsapp tapi ummi takde internet semalam jadi lambat dapat info. Mujur Abang Aus ingat cikgu pesan suruh bawak. Ummi letak sejadah dalam beg dan pakaikan songkok terus di kepala Abang Aus.

Ummi masuk kerja agak lewat hari ini sebab nak hantar Cikni di Jalan Duta. Masuk pejabat Cikgu hantar gambar anak-anak buat latihan solat.









Alhamdulillah semoga Abang Aus menjadi anak yang soleh untuk ummi dengan abah. Menjadi anak yang baik untuk semua orang. Menjadi abang yang penyayang untuk Adik Rayyan.

Ummi simpan gambar Abang disini untuk kenangan bila abang besar nanti. Kejap je masa berlalu. Tahun depan abang dah nak masuk sekolah darjah satu. Lepas tu kena pergi sekolah agama. Mesti mula-mula terkejut sebab masa tabika pukul 12 dah boleh balik. Lepas tu makan minum semua disediakan.

Darjah satu nanti semua kena berdikari. Nak beli makanan dan minuman di kantin, semua kena buat sendiri sebab ummi takkan selalu ada dengan abang. Abang kena belajar berdikari. Ummi yakin abang mesti boleh buat sebab masa mula-mula masuk tabika dulu hari pertama je menangis. Tu pun sekejap je. Bila habis waktu sekolah, ummi dengan abah pergi ambil semuanya dah okey.

Hari kedua dan seterusnya berjalan dengan lancar. Hari-hari semangat nak pergi sekolah cuma sekarang ni je susah nak bangun pagi. Tambah-tambah lagi kalau malam tidur lambat. Bila dah bangun mandi, everythings gonna be okay. Pergi sekolah, salam tangan ummi, abah dan adik salam dia terus berlari masuk kelas.

Balik sekolah, kalau ada homework taknak ummi dengan abah tolong. Nak angah dia je yang tolong. Dia panggil angah dia cikgu paling garang. Haha sekarang dah pandai membaca. Kalau ummi nak sembang dengan abah hal-hal rahsia guna bahasa ejaan pun dah tak boleh sebab dia dah tahu apa yang kami eja. Lepas ni kena speaking English la pulak. Tu pun kadang-kadang dia faham.

Apapun ummi sentiasa doakan Abang bahagia dunia dengan akhirat. Menjadi insan yang berguna. Kawan ummi dengan abah ni.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.