10 TIPS PENTING UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN KULIT

Thursday, July 12, 2018


Meskipun kita boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah, itu adalah sementara dan tiada jaminan. Jom kita amalkan 10 tips penting ini untuk kekalkan kesihatan kulit :-

1. JAGA PEMAKANAN

Apa yang kita makan adalah penting. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta-carotena dan Vitamin C, E, dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila kita tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, kita boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.



2. BERIKAN SAYA H20

Mungkina ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi gebu, kedutan menjadi kurang dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara efektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, lembab dan lebih sihat.



3. POSISI TIDUR

Sebenarnya cara tidur kita memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal boleh menyebabkan kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun tidur dengan keadaan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.


4. ADAKAH SINARAN MATAHARI BAIK UNTUK KULIT SAYA

Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapi untuk pendedahan yang terlalu tinggi akan merosakan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit kita daripada dirosakkan oleh sinaran matahari.



5. MELEMBAB, MELEMBAB, DAN MELEMBAB

Tingkatkan penggunaan pelembab dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembab. Ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.


6. TIDUR YANG BERKUALITI

Dapatkan tidur yang berkualiti dengan tidur yang nyenyak kerana paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkirkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.


7. SINGKIRKAN STRESS

Tekanan atau stress menyebabkan tubuh bertindak balas dengan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semulajadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan kita kulit yang yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.


8. HINDARI SENTUHAN TANGAN

Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Kita digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila kita menggosok mata, mengusap dagu atau di saat menekup pipi.


9. MELAMPAUI USIA SEBENAR

Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibrolas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan memperbaiki keanjalan kulit.



10. SENAMAN MUKA

Wajah kita mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan gebu. 
i) Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
ii) Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iii) Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
iv) Buka mata dan mulut sebesar yang kita mampu, tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
v) Ulanginya 3 kali sehari.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.