7 KEBAIKAN KOLAGEN SHAKLEE BUKAN SAHAJA UNTUK KULIT

Kolagen dikenali sebagai suplemen untuk kulit. Penggunaannya dalam pelbagai bentuk produk kecantikan dan rawatan mampu menjadikan kulit cantik tanpa cela. Sebagai makanan semulajadi yang berkesan, ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan secara menyeluruh.

1. Menyokong Kesihatan Otak

Neuron di dalam otak adalah sumber kaya kolagen. Peningkatan kolagen membantu:-
✿ Membentuk lapisan pelindung untuk memerangai protein amyloid-beta, yang dianggap menyebabkan penyakit Alzheimer.
✿ Mengurangkan risiko degenerasi otak.

2. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular

Arteri yang keras dan tersumbat dikaitkan dengan risiko serangan jantung dan strok yang lebih tinggi. Kajian mendapati bahawa:-
✿ Asid amino, proline di dalam kolagen membantu dinding arteri mengeluarkan pengeluaran lemak dalam aliran darah dan meminimumkan pengumpulan lemak.


3.Meningkatkan Kesihatan Penghadaman 

Tekanan, diet yang tidak seimbang, kurang senaman dan gaya hidup yang tidak aktif boleh menjejaskan keseimbangan semulajadi usus. Kolagen membantu:-
✿ Mengurangkan keradangan pada lapisan dalam perut, melindungi dari kerosakan.
✿ Menampung air di dalam usus, membantu makanan bergerak melalui saluran penghadaman dengan lancar.

4. Menyokong Kesihatan Sendi dan Tulang

Sekiranya anda menjalani gaya hidup akif atau jika kerja anda memerlukan anda duduk atau berdiri sepanjang hari, anda mungkin mengalami sakit sendi akibat penggunaan yang berterusan. Kolagen membantu untuk :-
✿ Menyokong dan melindungi sendi terutama di kalangan mereka yang menunjukkan tanda awal radang sendi.
✿ Melambatkan kemerosotan sendi dan mengurangkan sakit lutut dan ketegangan bagi menyokong keselesaan sendi, fleksibiliti dan mobiliti.
✿ Membina ketumpatan tulang, menggalakan pembentukan tulang yang sihat dan menguatkan tulang.

5. Menyokong Kesihatan Tulang Belakang

Postur, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif, berat badan berlebihan atau tulang rawan yang menipis atau serta lemah akibat daripada kehilangan kolagen boleh menyebabkan anda berisiko untuk menghidapi sakit belakang. Kajian mendapati bahawa kolagen membantu:-
✿ Mengurangkan sakit tulang belakang
✿ Menyokong kekuatan otot belakang dengan menyokong kesihatan rawan

6. Meningkatkan Kesihatan Kulit

30% protein di dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang sel kulit bersama-sama, memastikan ikatan bahagian dalam dan luar kulit tetap kuat. Kajian menunjukkan bahawa kolagen membantu :
✿ Memberikan peningkatan yang ketara dalam keanjalan, kelembapan, dan tahap kekeringan.
✿ Meningkatkan sintesis kolagen dalam masa empat minggu.
✿ Meningkatkan tahap penghidratan kulit dalam 8 minggu.

7. Menggalakkan Kesihatan Rambut dan Kuku

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk mendapatkan kekuatan dan keanjalan. Kolagen membantu :
✿ Membantu penyerapan nutrien pada kulit kepala untuk menyokong kelembapan rambut dan mengurangkan rambut bercabang di hujung agar ia tetap berkilau.
✿ Membina semula struktur dalaman kuku supaya ia tumbuh sihat, kuku lebih kuat dan tidak mudah pecah.



Promosi Collagen Shaklee Dilanjutkan



2 Kotak RM566.20
7 Kotak RM1,788.00

Dapatkan harga promosi dan nikmati pembelian yang lebih berbaloi dengan Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.