BERSERONOK DI MAPS IPOH 24/08/2018

Monday, August 27, 2018
Percutian yang sememangnya tidak dirancang oleh kami. Balik kampung untuk menyambut hari raya qurban di Kelantan. Balik dari Kelantan terus ke Ipoh untuk menghantar Abang Chik sebab nak masuk MAPS untuk Abang Afan. Last-last dengan kami sekali terjebak masuk Maps. Ummi tumpang rezeki anak-anak.

Kami ke sana selepas makan tengahari lepas solat Jumaat. Pukul 2.00 petang tapi rasa rugi ambil tiket awal RM60.00 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak RM57.00. Kalau masuk pukul 5.00 petang harga tiket hanya RM35.00 seorang. Abang Chik, Kak Ina dan Afan dah ada tiket sebab dia beli tiket secara online. Tinggal kami jela yang beli tiket secara walk-in. Ummi, Achik, TokMek, Abang Aus dan Adik Rayyan. Adik Rayyan tak kena tiket sebab saiz badan kecil.


Wawan datang lambat jadi beli tiket kemudian. Dari pintu utama ke tempat main tu kena lalui jambatan yang boleh tahan jauh juga. Bagi kita orang muda mudi yang kuat ni memang okey. Macam untuk orang tua macam Tokmek memang agak meletihkan. Tambah-tambah lagi kalau masa tu panas terik, memang sangat-sangat mencabar.

Terdapat banyak permainan di sini. Bagi Kak Feni bayaran RM35.00 sekali bayar memang berbaloi sebab boleh naik benda yang sama berulang-ulang. Haha dulu masa kecil tak dapat nak merasa bila dah besar ada peluang nak merasa. Kenapa kita nak lepaskan peluang kan ?


Haha di sini boleh merasa naik benda ni. Kalau di funfair hanya untuk kanak-kanak. Ni untuk mak bapak budak pun boleh naik. Tok Mek pun naik juga khas untuk warga emas.


Lepas naik binatang berpusing tu, anak-anak naik kapal terbang berpusing. Kami ingat untuk kanak-kanak sahaja, rupanya dewasa pun boleh naik.






Bila keadaan di luar sangat panas. Kami masuk pulak tempat yang ada aircond untuk menyejukkan badan. Disini memang kena minum air kosong banyak-banyak takut kena strok haba pulak kan. 


Anak-anak seronok main dalam ni sebab sejuk dan luas. Cantik dan selesa terasa macam duduk dalam laut. Kami duduk di atas kapal laut yang karam.


Selepas berjalan-jalan di dalam laut. Kami pergi pulak main kereta eksiden tu. Haha orang panggil apa tak tahu. Kak Feni panggil kereta eksiden je. Yang lain boleh naik cuma Adik Rayyan je yang tak lepas sebab tak cukup ketinggian. Jadi ummi pun terpaksa mengalah tak naik sama. Huhu.


Kami kemudian ke Show The Smurf Teatre. Kat dalam ni tak boleh buat bising, nanti Papa Smurf marah. Boleh tengok and just enjoy the show.




Lepas tengok Papa Smurf, kami menuju ke Live Action Zone sebab ada pertunjukkan drift kereta dan motor. Anak-anak memang teruja sebab boleh tengok live benda macam ni. Setiap aksi yang mereka buat ada cerita. Rezeki kami dapat tengok live drift ni sebab masa kami sampai jadual tayangan drift dengan Boboiboy sama waktu. Kena pilih salah satu. Disebabkan oleh ramai orang hari ni, mereka mengubah jadual.




Kemudian lepas tengok drift kami beratur nak masuk dewan nak tengok Capten Papazola. Beratur panjang nak masuk. Sampai turn dah penuh. Kami dahlah ramai 9 orang. Merayu juga dekat penjaga tu sebab bukan senang nak masuk kan. Dahla tayangan terakhir untuk hari ini. Kami bernasib baik sebab ada yang keluar. 



Banyak tempat yang tak sempat kami main sebab nak tengok boboiboy. Anak-anak paling seronok sebab dapat bermain dan berjalan. Kami berjalan sesama kami je sebab abah tak boleh nak balik kena kerja.

Kami kemudiannya masuk dewan untuk tengok 4D Boboiboy. Di sini, kita akan diberikan cermin mata untuk melihat tayangan cerita boboiboy. Tayangan 4D.






Dari pukul 5.00 hingga pukul 10.00 malam memang rasa cukup penat dah untuk kami semua. Mujurlah ummi tak pancit dan sakit kepala. Jalan tengah-tengah panas memang mencabar. Mujur air kosong untuk anak-anak boleh bawak masuk. Kalau nak berbelanja dalam ni saja harga dia agak mahal untuk ummi. Untuk orang lain mungkin berpatutan.

Untuk anak-anak memang kena bawa duit lebih sebab dalam ni sama dengan taman tema tempat lain. Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar. Jadi untuk anak-anak kecil macam ummi ni memang kena spare duit lebih. Maklumlah anak-anak ni bila dah berjalan memang akan minta makan dan minum sebab letih, lapar dan dahaga.

Selepas menonton wayang Boboiboy 4D ni. Kami menunggu Maskot Boboiboy and the gang. Anak-anak paling teruja sebab dapat jumpa Boboiboy. Sementara menunggu maskot keluar kami lepak di kedai Tok Abah.



*Hehe muka Abang Afan cetum je sebab gaduh dengan abah die.







5 jam berada di sini memang dah cukup untuk semua show di sini. Alhamdulillah kami dapat tengok semua show yang ada. Last sekali kami dapat bergambar dengan maskot Boboiboy and the gang. Untuk anak-anak memang seronokla. Pergi musim cuti sekolah memang seronok sebab meriah dan ramai orang.

Lepas keluar dari MAPS ni terus pergi makan beramai-ramai. Raya kali ni memang betul-betul full dengan aktiviti berjalan. Nak makan kat dalam MAPS ni dah banyak yang tutup. Makanan banyak yang dah habis.

Terima kasih untuk AyahChik dengan Cik Ina serta Abang Afan sebab bawa Abang Aus dengan Adik Rayyan jalan-jalan. Kalau tak susah lah nak merasa. Tambah-tambah lagi dengan abah tak ada. Nak harapkan ummi seorang memang kita tak pergi lah untuk keselamatan anak-anak.

Next entry Kak Feni cerita pasal Gunung Lang dan Lost World Of Tambun pulak. Chill ya.

6 comments:

  1. makanan kat dalam tu okey tak ? mula mula macam terkejut jugak tengok harga mahal macamtu tapi nasib baik berbaloi sebab boleh ulang ulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga makanan dalam tu berpatutan untuk orang have-have. Hehe bagi Kak Feni agak mahal. Kalau nak makan untuk alas perut sementara nak keluar makan di luar okey.

      Delete
  2. Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak happy camtu. Sesekali keluar camtu memang berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sekali sekala berbelanja untuk anak-anak. Kerja kuat pun untuk anak-anak. Biar mereka enjoy dengan dunia kanak-kanak.

      Delete
  3. ehehe ni kids sukala ni pergi tempat2 cemni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok bukan untuk kids. Mak ayah kids pun tumpang sekaki.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.