CERITA TENTANG IMPIAN DAN HARAPAN

Wednesday, August 15, 2018

Semalam Abang Aus ambil buku nota ummi yang selalu ummi tulis nota macam-macam tu. Kadang-kadang tak tahu nak tulis apa hanya sekadar conteng-conteng. Buku itu masih banyak yang kosong. Abang cakap "ummi jom kita tulis". Ummi cakap abang nak tulis apa ? Entah. Ummi cakap jom kita tulis impian. 

Jadi bermulalah abang Aus menulis impian. Satu muka surat untuk abang dan satu muka surat untuk ummi. Ummi cakap abang buat nombor nanti senang nak tengok. Abang buat senarai 1 2 3 dan seterusnya. Untuk ummi pun abang tulis senarai 1 2 3 dan seterusnya.

Abang kusyuk dengan menulis impian dia.

1. PSP
2. PS4
3. TV besar untuk ummi
4. Rumah besar untuk ummi.

ummi pulak tulis dengan banyak sekali 

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
10.

(ummi lupa snap gambar)

Terus Abang cakap "banyaknya impian ummi". Ummi cakap mestilah kena banyak impian namun kita sebagai umat Islam ni kena seimbangkan antara dunia dengan akhirat. Abang kena pergi mengaji al-quran dan juga pergi sekolah biasa. Al-quran untuk panduan hidup.

Alhamdulillah sejak pandai membaca dan menulis ni, Abang Aus dah pandai nak membaca buku. Kalau ummi dengan abah mengeja pun cepat dia tangkap apa yang kami cuba sampaikan.

Lepas Abang tulis senarai impian dia. Ummi suruh pulak Abang tulis berapa harga setiap benda yang dia nak tu. Ummi gunakan kaedah Vision Board supaya Abang dapat menggunakan imiginasi dia dalam mencapai impian. Kena spesifik. 

Contohnya

1. PSP RM600.00
2. PS4 RM1,500.00
3. TV besar untuk ummi RM2,000.00
4. Rumah besar untuk ummi RM500,000.00

Bila Abang buat macam ni, ummi rasa sayu pulak. Dah besar dah anak ummi. Dulu kecik je kaki pun besar tapak tangan, hari ni dah 6 tahun. Tahun depan dah masuk darjah satu. Segala urusan pendaftaran tahun satu 2019 dah selesai, hanya tunggu surat dari sekolah untuk peperiksaan menentukan kelas bulan November nanti.

Dah siap tulis impian, ummi cakap nnt kita beli kadbod. Nanti kita cari gambar PSP, gunting dan tampal di kadbod impian abang. Anak bijak pandai ni dah pandai guna alat tulis. Buat kerja pun dah kemas berbanding dulu. Inilah dinamakan proses pembelajaran. Kena ajar anak-anak dari kecil lagi. Alhamdulillah Abang cepat belajar.

Apapun ummi tetap sayang semua anak-anak ummi. Kasih sayang yang tiada berbelah bahagi. 

2 comments:

  1. hi..singgah sini...
    jemput baca dan kongsikan hobi anda http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/hobi-zaman-kanak-kanak-sehingga-dewasa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Free Kak Feni BW.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.