6 KELEBIHAN BAWANG PUTIH UNTUK KESIHATAN

Thursday, September 13, 2018


Bawang putih mesti ada dalam setiap masakan kita. Bagi Kak Feni masaklah apapun mesti nak masukkan juga bawang putih ni. Bukan apa Kak Feni memang sangat sukakan baunya semasa di tumis. Bau yang menjemput selera untuk menjamah makanan. Anak-anak Kak Feni, kalau bau je aorma tumisan ni memang akan bergegas ke dapur untuk bertanya "masak apa tu?". Jadi hari ni Kak Feni nak kongsikan kelebihan bawang putih untuk kesihatan.

Kelebihan bawang putih untuk kesihatan kita.


1. Antibiotik Semulajadi

Bawang putih boleh menjadi antibiotik semujadi untuk mereka yang selalu terkena jangkitan selesema, demam dan batuk. Amalkan beberapa ulas bawang putih yang diketuk sebagai altenatif bagi mencegah masalah jangkitan virus ini.

2. Membuang Angin Dalam Badan

Perut kembung dan sebu, boleh juga kunyah bawang putih untuk melegakan masalah kembung perut dan sebu. Masalah angin ni boleh membuatkan badan rasa tak selesa dan mengganggu aktiviti harian. Bawang putih seeloknya dimasak dengan sedikit minyak untuk mengelakkan kerengsaan pada lidah. Boleh terbakar lidah kalau makan dia saja.

3. Mencegah Kanser

Pengambilan bawang putih yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, terutamanya kanser perut, kanser kolon dan kanser prostate. Kandungan mineral bawang putih didapati memiliki ciri-ciri anti barah yang dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.
Selain itu kompoun sulfur dalam allicin didapati bertindak sebagai detoxifier yang mampu membuang bahan-bahan toksin dalam hati dan memelihara sel-sel badan daripada kesan buruk toksin. Terkini, bawang putih juga sudah mula digunakan sebagai sebahagian dari rawatan untuk penyakit barah payudara serta pesakit HIV.

4. Merendahkan Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kewujudan allicin yang bersifat sulfur didapati turut dapat memecahkan kolesterol yang boleh menyekat perjalanan darah dan mengurangkan pembentukan plak arteri. Ia mampu merendahkan tahap lipoprotein yang ‘jahat’ seperti LDL dan VDL di dalam darah dan mengekalkan tahap lipoprotein yang ‘baik’ contohnya HDL di dalam darah.
Kajian mendapati bahawa pengambilan hanya satu ulas bawang putih setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.
Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.

5. Mengatasi Tekanan

Serotonin merupakan suatu bahan kimia yang dihasilkan dalam badan dan ia amat penting dalam pengawalan emosi dan tingkah laku seseorang. Kadar serotonin yang tinggi di dalam otak manusia akan memberi kesan-kesan kestabilan emosi seperti perasaan tenang, mudah tidur dan dapat mengatasi perasaan murung. Penyelidikan kumpulan saintis dari Perancis telah mendapati bahawa vitamin B-6 yang terkandung di dalam bawang putih dapat membantu meningkatkan dan melancarkan penghasilan dan pelepasan serotonin dalam badan.

6. Mengatasi Masalah Keputihan

Ini untuk wanita yang mengalami masalah keputihan. Keputihan boleh mengganggu emosi wanita terutamanya yang sudah berkahwin. Bawang putih boleh bantu. 

AMALKAN GARLIC COMPLEX SEBAGAI ALTERNATIF

Garlic Complex adalah pil bawang putih yang sangat bagus untuk kesihatan. Tak perlu susah-susah nak ketuk-ketuk dan masak. Buka botol terus boleh telan. Nak-nak pula jenis yang tak boleh amalkan bawang putih yang segar tu. Boleh amalkan Garlic Complex sebagai alternatif.


Perbezaan Shaklee


Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan di tanam secara organik di California, USA di waktu musim panas. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual di pasaran mengandungi Allicin aktif). Dwiteknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh badan kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Bagaimana untuk mendapatkan Garlic Complex ini ?

Boleh terus menghubungi Kak Feni melalui :-

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.