PERTAMA KALI KE KLINIK KESIHATAN KUALA LUMPUR

Wednesday, September 05, 2018

Hari ni Kak Feni ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar untuk Adik Rayyan. Ni adalah pertama kali ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Sebelum ni kami ke HKL atau pun Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat. 

Oleh kerana abah terpaksa masuk kerja sekejap, kami pun terus ke HKL. Selesai kerja kami terus ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak di  JALAN TEMERLOH, TAMAN TASIK TITIWANGSA,53200 KUALA LUMPUR. Klinik ni mula beroperasi sejak April 2017. Dah setahun lebih dah pun.

Kami buat pendaftaran pukul 11.00 pagi dan selesai pukul 12.20 tengahari. Memang cepat dan mudah sangat. Ubat-ubatan pun bagus .Oleh kerana Kak Feni dan suami tak berkerja di sektor awam, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Kalau orang kerja kerajaan tiada cas dikenakan. 

Keadaan di sini sangat luas dan selesa. Banyak tempat dan khas untuk tujuan masing-masing. Kak Feni tengok ada klinik ibu dan anak, klinik pesakit luar dan macam-macam lagi tak sempat nak pusing habis sebab anak kurang sihat kan.

Di tengah-tengah ada taman permainan untuk anak-anak. Anak-anak Kak Feni pun apa lagi tak lepaskan peluang untuk bermain di situ. Larang pun tak guna sebab diorang ni memang pantang jumpa taman permainan, mesti nak main. Kak Feni dan suami pun kasi can la. Bukan apa Kak Feni risau dengan virus yang macam-macam sekarang ni. HFMD la, demam la, selesema la. Takut sangat. Lepas main Kak Feni pastikan diorang cuci tangan bersih-bersih. Nak keluar di pintu masuk tu ada guard yang jaga dan letakkan sanitizer. Jadi kami pasti sapu tangan sendiri dan anak-anak dengan sanitizer ni sebelum keluar.

Parking di sini banyak dan selesa. Lebih efisyen macam hospital swasta. Bayaran pun jauh lebih murah berbanding kita pergi klinik swasta. Alhamdulillah anak-anak Kak Feni serasi dengan klinik kerajaan ni. Kadang-kadang je terpaksa pergi swasta sebab kekangan waktu kerja. 

Klinik ni buka sampai pukul 9.30 malam. Jadi memang sangat-sangat membantu meringankan rakyat yang berpendapatan sederhana macam Kak Feni ni. 


No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.