12 KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE YANG MESTI DIAMALKAN SETIAP HARI

Thursday, October 25, 2018
Tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee yang memang sangat bagus untuk diamalkan. Kalau nak diikutkan harga Vitamin C Shaklee jauh lebih murah berbanding dengan vitamin C yang dijual di pasaran.

Jom kita tengok apa kebaikan VITAMIN C SHAKLEE ini.

1. MENGUATKAN ANTIBODI BADAN



Ini adalah antara pengalaman Kak Feni sendiri. Sejak amalkan vitamin C ni. Dah jarang kena selsema, demam dan batuk. Kalau kena pun tak lama dan cepat baik. Badan pun bertambah sihat dan kurang kena jangkitan virus. Datang dan balik kerja dengan motor, memang terdedah dengan habuk dan debu. Cuaca pulak tak menentu, jadi kalau badan lemah memang selalu kena sakit. Alhamdulillah sejak Vitamin C ni jadi amalan. Jarang kena demam.

2. MENYOKONG KESIHATAN OTOT, CARTILAGE (TISU) DAN SALURAN DARAH



Vitamin C membantu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan juga tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik. 

3. MELAWAN JANGKITAN VIRUS



Gejala seperti hidung berair, bersin, keletihan dan batuk boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin C. Antioksidan ini meningkatkan pengeluaran sel darah putih, yang merupakan komponen utama sistem imun. Ia juga dapat mengurangkan tempoh selsema.

4. MELINDUNGI KULIT DARI SINAR UV DAN MENGELAKKAN KULIT MENJADI KUSAM



Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan sangat berperanan dalam pembentukan kolagen, sehingga kehadiran vitamin C tidak dapat dipisahkan dari kulit yang sihat. Vitamin C banyak ditemukan sebagai penyusun lapisan dermis dan epidermis dalam kulit normal. Namun, kerana proses penuaan, kandungan vitamin C dalam lapisan dermis dan epidermis dapat menurun. Oleh kerana itu, banyak produk perawatan kulit antiaging yang menambahkan kandungan vitamin C untuk memperlambat proses penuaan kulit. Selain karena penuaan, kandungan vitamin C dalam kulit juga bisa menurun kerana paparan sinar ultraviolet dan polutan terhadap kulit.

5. MELINDUNGI DNA DARI TINDAK BALAS FOTOKIMIA



Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit). Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

6. PUDARKAN KESAN SUNBURN



Berada di tengah panas terik matahari boleh merosakkan sel-sel kulit. Menjadi kulit kering dan gelap. Kalau berhari-hari terpaksa berjemur di tengah panas seperti ahli sukan, memang menyebabkan kulit terbakar. Untuk mengatasi masalah 'sunburn' atau membantu dalam memudarkan 'sunburn', vitamin C akan membantu.

7. MENCERAHKAN KULIT




Berkenaan kajian dalam makmal, mereka telah menemui bahawa Vitamin C ini mampu mengurangkan penghasilan pigment yang dipanggil sebagai Melanin. Proses penghasilan melanin ini dipanggil sebagai melanogenesis. Pigment Melanin inilah yang menyebabkan kulit kita berwarna gelap. Vitamin C mengurangkan pigmentasi dengan cara merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Ini menyebabkan penghasilan Melanin berkurangan dan secara teorinya menyebabkan kulit bertambah cerah.

8. MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH


Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

9. MELINDUNGI KULIT DARI RADIKAL BEBAS




Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

10. MEMBANTU TUBUH MENGHASILKAN KOLAGEN



Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

11. MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT



Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

12. MEMBANTU PENYEMBUHAN LUKA



Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

Jom dapatkan VITAMIN C yang paling hebat dan terlaris dalam pasaran ni dengan Kak Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com


1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.