APA YANG DIMAKSUDKAN KETAGIHAN GULA PADA PANDANGAN ANDA

Tuesday, October 23, 2018


Bagi ramai orang, perjuangan untuk mengurangkan ketagihan gula adalah sangat tinggi. Ia boleh terjadi ketika waktu petang semasa di tempat kerja, di waktu pagi hari, selepas makan tengahari, semasa dalam latihan atau paling teruk di waktu malam.

Ketagihan gula boleh menyebabkan kemudaratan terhadap kesihatan. Bagaimanapun, jika anda tahu apa yang badan perlukan, lebih mudah untuk membuat pilihan secara sihat berbanding memilih sesuatu yang manis.

Disini terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan ketagihan benda manis :-

1. KEKURANGAN MAGNESIUM


Bagi ramai orang, ketagihan gula dalam bentuk coklat menunjukkan badan kekurangan magnesium. Menurut penyelidik Susan Yanovski daripada Institut Diabetis, Pencernaan dan Penyakit Ginjal Kebangsaan.

Yanovski mengatakan bahawa sekitar 80% orang Amerika Syarikat mungkin mengalami kekurangan mineral, yang mana boleh menyebabkan kerengsaan, insomnia dan tekanan darah tinggi.

Walaupun koko dalam coklat adalah kaya dengan sumber magnesium, gula dalam coklat boleh masalah kepada kesihatan kerana ia boleh menyebabkan pancang insulin dan masalah lain. Selain coklat, antara sumber magnesium yang lain ialah kekacang, bijirin dan sayuran hijau gelap. 



2. BAKTERIA YANG DIPERLUKAN OLEH USUS


“Sekiranya kita menetapkan diet untuk memperbaiki kesihatan seseorang. Penting untuk kita memahami apa mikroorganisma yang membantu dalam mengawal untuk mendapatkan kesan yang lebih baik”.

Jeffrey Gordon, Ahli Biologi dan Profesor di Washington University

Kadang-kadang pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam kesihatan usus anda, yang bermaksud semua bakteria baik tidak dapat berfungsi dengan baik seperti sepatutnya. Ia berpunca daripada makanan ringan yang menjadikan keadaan bertambah teruk.

Dalam penyelidikan beliau, Gordon mendapati penggunaan makanan bergula boleh menyebabkan bakteria usus menjadi terlalu bergantung kepada gula dan menyebabkan penolakan kepada makanan sihat apabila diperkenalkan. Usus secara aktif boleh mensabotaj kita untuk makanan yang lebih sihat. Itu sangat betul namun ianya boleh dilatih semula.

Dengan mengamalkan makanan yang menggalakkan bakteria yang lebih sihat terutamanya memilih prebiotic yang tinggi seperti yogurt rendah gula dan makanan lain yang ditapai. Bakteria baik untuk menggantikan bakteria jahat. 




3. TIDAK CUKUP REHAT


Walaupun tidur merupakan sebahagian dari rehat, hadkan waktu untuk tidur dengan mencari jalan lain bagi meredekan tekanan.

Menurut penulis, Alex Soojung-Kim Pang dalam bukunya “Rest: Why You Get More Done When You Work Less” yang bermaksud rehat diperlukan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Rehat yang tidak mencukupi menjadikan badan menjadi lebih lemah dalam pelbagai hal termasuklah nutrisi. Ia boleh menimbulkan keperluan untuk “rangsangan” yang mungkin datang dalam bentuk gula. Walaupun itu merupakan keinginan yang mungkin sementara, ia boleh menjadi kebiasaan.

Beliau mencadangkan agar kita mengambil rehat dalam tempoh yang singkat setiap hari terutamanya pada masa keinginan terhadap makanan manis. Contohnya, daripada memilih snek yang manis ketika waktu petang, boleh cuba berjalan-jalan di luar selama 15 minit. Pang berkata, berjalan merupakan bentuk rehat yang sedar kerana ianya merehatkan diri dari tekanan harian.

Kadang-kadang keinginan terhadap boleh menjadi sangat kuat apabila kita mempunyai faktor ini. Sebagai contoh, terlalu banyak kerja sehinggakan terpaksa mengambil makanan yang tidak seimbang yang menyebabkan badan menjadi bertambah letih dan kurang nutrisi.


Sumber : myfitnesspal.com





No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.