KISAH SEMALAM YANG SERAM

Thursday, October 25, 2018


Haha amboi tajuk kemain kannnn. Saje jela nak share kat sini. Tentang bisnes juga lah kan. Okey mungkin juga Kak Feni yang masih belum cukup ilmu.

Macam ni ceritanya. Kak Feni ni buat bisnes online dan modalnya tak berapa nak besor macam jerung-jerung dan ikan jaws tu (eh betul ke aku eja nih). Buat pun secara part time je. Bila free habis waktu kerja, jadi Kak Feni updatelah pasal produk dan kebaikan produk yang Kak Feni amalkan sekarang ni.

Okey fine. Semalam ada lah seorang customer ni. Mula-mula dia pm kak feni untuk beli produk sekian-sekian. Kak feni pun okey, alhamdulillah maybe ni rezeki aku. Banyak juga yang dia order. kalau harga runcit mencecah hampir RM700. Happy lah kita nye sebab orang nak beli banyak kannn.

Okey. Cerita pun cerita. Dia cakap dia ahli tapi lama dah expired. Okey Kak Feni pun tolong la dia cek sama ada dia boleh renew lagi ke tidak. Maklumlah ada terms & condition nya la kan. Da setel semak status dia masih boleh renew dengan harga RM30. Kalau dah lebih 3 bulan appeal baru boleh responsor. Kak Feni pun bertungkus lumus la try buat untuk dia. 

Buat secara online la kan sebab dia pun tak tahu status dia. Kak Feni minta izin beliau dulu la nak try login id dia. boleh lah login id dia dan seterus nya. Buat order. Kak Feni bagitahu dia "akak kena bayar sekian sekian." Dia pun cakap laa ingatkan boleh COD. 

Huhuhu akak, saya dah tolong akak semak akak punya keahlian. Buat order untuk akak guna id akak tanpa cas apa-apa pun. Lepas tu dia bagitahu susah nak bank in. Huhu macam mana ni kak. Feni dah tolong akak secara percuma. 

Kak Feni ada juga bagitahu, kalau nak order kena bayar dulu sebab nak ambil barang pun kena bayar dulu. Last-last dia cancel. Dia bagitahu nak minta tolong orang lain. 

Berhuhuhu la kak Feni. Tak pelah aku ikhlaskan hati ini. Boleh je nak cakap "akak carilah upline akak yang dulu, suruh dia tolong". Tapi tak sampai hati pulak. Biarlah mungkin takdak rezeki aku.

Allah nak bagi yang lebih baik dan lebih banyak kepada aku lepas ni. Aku nak cakap apa. Memang rezeki aku dapat customer macam tu semalam.


2 comments:

  1. haih.. pelik betul org tu.. adat berniaga. ejulz pun pernah maki sebab dikatakan menipu harga. padahal ejulz ambik untung sikit je. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Biasalah tu. Kita anggap ni pengalaman suka duka meniaga. Esok-esok dah kaya, yg ni yg kita akan ingat.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.