Sekadar Berkongsi Cerita

Friday, October 19, 2018
Menjadi seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 orang anak lelaki bagi Kak Feni sememangnya mencabar juga. Kita yang kena uruskan semua kadang-kadang boleh stress dan hilang mood.



Tahun ni, Abang Aus dah 6 tahun dan Adik Rayyan 4 tahun. Suasana pagi agak kelam kabut pada mulanya sebab Kak Feni tak pandai nak uruskan masa dengan betul. Pagi-pagi nak gosok baju, nak mandi dan siapkan anak-anak. Rasa letih sangat dan Kak Feni akan mula mengamuk dekat suami dan anak-anak.

Dahlah kita nak cepat. Semua benda kita nak buat, boleh hilang mood. Pada pandangan Kak Feni masa tu mengharapkan bantuan suami untuk memandikan anak sementara Kak Feni menggosok baju. Bila anak-anak mula mengamuk dan taknak mandi dengan abahnya, mula lah Kak Feni naik angin. Cakap kuat-kuat dan ugut anak dengan macam-macam hal. Nak tinggal di rumah sorang-soranglah, rotanlah dan ada kalanya Kak Feni mengamuk tutup kipas, lampu dan pintu sebab nak suruh diorang bangun dari tidur. Kejam sangat masa tu. Sedih pulak bila ingat perbuatan sendiri.

Lama-lama Kak Feni datang keinsafan dalam diri. Anak adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya. Masa kanak-kanak ni lah anak-anak nak bermanja dengan kita. Esok bila diorang dah besar tak tahu masih ada peluang ke tak nak bermanja-manja dengan anak-anak. 

Sementara ada peluang ni. Kak Feni berusaha menjadi ibu yang baik. Pagi-pagi dah tak mengamuk macam dulu. Bangun awal dan siapkan anak-anak dengan bahagia. Biarlah diorang bangun dengan mood yang ceria. Tak rugi pun. Ummi yang kena berlembut dulu. Macam mana kita ajar diorang. Maca tu lah jadinya. Ummi yang kena banyak sabar. 

Alhamdulillah sejak 2 3 bulan ni, Kak Feni cuba taknak marah-marah waktu pagi. Kalau anak-anak buat perangai pun Kak Feni cuba bertenang dan kawal keadaan. Layan je kerenah diorang. Nak mandi dengan ummi, ok. Nak pakai baju dengan ummi , ok. Alhamdulillah mood anak-anak pun okay dan pergi sekolah dengan baik. Abang pakai kasut sendiri. Tak ada nak mengamuk-ngamuk lempar kasut dan stoking.

Bila semuanya baik-baik saja, kita pergi kerja pun dengan tenang dan aman. Kalau tak mesti timbul rasa kesal dan menyesal sebab pagi-pagi dah buat hal. Buat kerja pun dalam keadaan serba salah.dan ada yang tak kena.

Terima kasih ya Allah sebab menyedarkan aku sebelum aku terlambat. 

2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.