Siap Buat Order Penimbang Digital Dengan Lazada

Wednesday, October 24, 2018
Alhamdulillah sejak pandai buat order dalam talian ni. Makin mudah kerja Kak Feni. Nak apa-apa order je online. Nanti abang posmen hantar sampai depan pintu rumah. Tak perlu nak keluar dah. Kalau keluar karang banyak pulak belanja nye. Minyak lah, tol lah lepas tu bila lapar nak makan di luar pulak. Jadi hari ni Kak Feni beli online je. 

Kak Feni beli penimbang digital sebab dalam misi nak turunkan berat badan. Berat badan masa timbang hari Sabtu lepas di rumah Mak Ude ialah 67.7kg. Wowww macam tak percaya tapi kena percaya juga sebab itulah diriku.

Untuk misi menurunkan berat dan mendapatkan bentuk badan yang ideal. Kak Feni beli penimbang ni supaya boleh mengukur berat hari-hari. Ewah. Semangat sikit nak kurus kan kalau ada benda baru.



Kak Feni buat alamat di rumah sebab senang, balik rumah dah ada barang. Kalau buat alamat di pejabat, kena angkut bawa balik dengan motor pulak. Satu hal lagi. Buat alamat rumah, posmen hantar ke rumah terus.

Sebenarnya seronok juga beli secara online ni. Macam bagi hadiah kat diri sendiri je. Nak tunggu orang bagi hadiah, tak tahu bila dan tak tahu siapa nak bagi. Jadi kerjalah sekuatnye untuk dapatkan apa yang kita mahu.

Lazada adalah medium belian online yang boleh dipercayai. Kalau ada apa-apa kita boleh hantar komplen dekat mereka. InshaAllah barang Kak Feni ni akan sampai minggu depan dalam 28 Oktober hingga 1 November.

Semoga Kak Feni sentiasa kaya raya boleh beli macam-macam lagi barang di Lazada nih. Kehkehkeh


1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.