Orientasi Murid Tahun 1 Abang Aus

Monday, November 26, 2018
Orientasi Murid Tahun 1 Abang Aus | Sabtu lepas, ummi minta Angah teman untuk ke sekolah. Bila bawa adik memang kena bawa teman sebab adik cepat boring. Jumaat malam kami tidur di rumah opah sebab abah tak ada. Kena outstation ke luar daerah. Jadi ummi la yang terpaksa bawa abang pergi sekolah.


Pagi-pagi dah bersiap untuk ke sekolah. Pakaian untuk abang, bebas. Alhamdulillah sebab ummi dengan abah belum prepare apa pun lagi barang sekolah abang. InshaAllah bulan depan dapat peruntukan persekolahan baru nak beli. Maklumlah banyak belanja nak guna. Huhu

Beg sekolah dah ada sebab tadika dah bagi satu dan PakNgah pun dah hadiahkan satu untuk abang. Jadi ummi tak perlu risau dah pasal beg sekolah. Cumanya untuk adik nanti yang kena beli semua baru. Kasut, baju, beg dan juga alat tulis.

Ummi dah bajet dah untuk belanja sekolah anak-anak nanti. Mujurlah juga ummi ada main kutu dengan kawan-kawan. Dapat duit tu boleh la buat belanja sekolah anak-anak. Yuran dan barang sekolah sekarang bukan murah. Jadi memang kena menyimpan.

Abang Aus okey je masa sekolah. Dia kena masuk kelas dan ummi kena masuk dewan dengar taklimat untuk tahun satu 2019 nanti. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. 

Majlis berakhir pukul 11.30 pagi dan kami terus balik rumah opah. Abang cakap ada kawan dalam kelas dia menangis sebab nak ikut mak ayah dia. Alhamdulillah abang tak nangis pun. Dia cakap abang dah besar. Malulah kalau menangis.

Bila anak dah nak masuk darjah satu ni rasa kejap je masa berlalu. Nak sekolah dah abang. Adik pun dah nak masuk tabika. 

Dengar taklimat hari tu, untuk murid tahun satu, dua dan tiga dah tak ada peperiksaan. Mungkin akan ada ujian saringan. So, lepas ni cikgu pesan kalau ada anak-anak bawak balik kertas ujian ke apa ke, jangan terkejut sebab itu hanya saringan. 

Bagi Kak Feni perlu juga ada ujian ni. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang anak kita lemah dan kita boleh sama-sama usaha untuk memperbaiki apa yang dia lemah. Bila tak ada ujian. Kita pun tak tahu apa yang anak-anak kita lemah.

Entahlah bukan bidang Kak Feni nak komen atau hurai lebih-lebih pasal sistem pendidikan kita. Biarlah yang berkenaan jelah yang buat kerja. Kak Feni sebagai ibu kena pantau perkembangan anak-anak agar tidak ketinggalan dengan orang lain. 


2 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.