CHECKUP ADIK RAYYAN DI KKIA - 4 TAHUN

Tuesday, December 04, 2018
Semalam sepatutnya kami bawa Adik Rayyan ke KKIA untuk checkup 4 tahun. Adik cukup umur 4 tahun pada 02/12/2018. Birthday Adik Rayyan yang ke-4. Jadi Nurse buat appointment semalam. Oleh kerana abah ada misi khas semalam, kami terpaksa tunda ke tarikh hari ni.

Semalam abah bawa orang nak berhijrah masuk Islam ke JAWI. Alhamdulillah secara tak langsung, abah pun dapat pahala. InshaAllah harapnya. Mulanya abah nak bawa je Adik Rayyan ke klinik semalam, ummi cakap pentingkan yang penting dulu. Nak checkup adik, bila-bila pun boleh. Jadinya pagi semalam awal-awal pagi kami dah terpacak di klinik nak tukar appointment.

Alhamdulillah terus jumpa nurse yang attend Adik Rayyan. Bagitahu yang ada urusan lebih penting. Dia pun okey tukar tarikh hari ni. Jadinya kami pun ke klinik hari ni.

Ummi kena masuk lambat la ke pejabat. Minta time slip dengan nurse. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Pukul 12 tengahari baru selesai segala urusan di klinik hari ni. Mujur ummi bawa bekal kuih dan air siap-siap ke klinik. Kalau tak mesti anak-anak menjerit lapar.

Kak Feni akan pastikan bawa bekal sebab anak-anak ni akan cepat bosan. Bila diorang bosan, mula buat akal ditambah pula dengan perut lapar akan bertambahlah panjang akal depa. Merengek nak balik dah tentu. Jadi sediakan makanan dan minuman secukupnya.

Masa di klinik tadi memang ramai ibu bapa bawa anak-anak untuk checkup. Kebanyakannya baby lagi. Alhamdulillah klinik kesihatan kita terbaik. Walaupun ada sedikit kekurangan tu kira okey lah kalau nak dibandingkan dengan negera luar yang jauh lebih susah. Bayaran pun hanya RM1 je untuk yang kerja swasta macam Kak Feni. Kalau ibu bapa kerja kerajaan, tak perlu bayar sebab ada GL.

Apapun Kak Feni bersyukur sangat dengan perkembangan adik Rayyan. Terus membesar dengan sihat. Walaupun berat badannya tak naik banyak tapi berat dia tetap naik. Tahun depan bulan 12 masa umur adik 5 tahun pula kita datang jumpa nurse.

Lepas ni kena pergi klinik gigi untuk cek gigi adik. Abang Aus dah cek di sekolah. Nanti ummi nak pergi klinik gigi buat pemeriksaan untuk adik dengan abang sekali.

Hari ni, Kak Feni berkenalan dengan seorang ibu muda yang beranak 3. Alhamdulillah peramah orangnya. Datang ke klinik sebab anak bongsunya berdarah hidung sebab terjatuh main dengan abangnya yang berumur 3 tahun. Masa sampai tu darah dah kering. Alhamdulillah. Tanya datang dengan apa, dia jawab naik grab. Macam mana order grab ? Dia jawab saya jalan kaki keluar. Masa tengah tunggu teksi, grab lalu dan berhenti. Allah permudahkan urusan dia.

Allahuakbar, timbul keinsafan untuk kak Feni supaya terus bersyukur sebab selalu Allah mudahkan urusan Kak Feni. Pergi ke klinik pun dengan kereta sendiri. Tak perlu susah-susah tunggu dan naik turun teksi. Dia seorang dengan 3 orang anak, semuanya di uruskan sendiri. Tahniah untuk awak !

Masa menunggu agak lama, jadi kami pun berkenalan. Dia berniaga sambal ikan bilis hitam. Ramah mulutnya bercerita yang dia berniaga sambal ikan bilis. RM10 untuk 200gram. InshaAllah semoga murah rezeki awak dik.

Kak Feni berlalu pergi setelah urusan pemeriksaan adik Rayyan siap. Bergegas nak masuk pejabat. Tengahari baru siap checkup Rayyan. Semoga Adik terus sihat dan kuat selalu. Ummi sayang adik sangat-sangat.




4 comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.