Semoga Kita Semua Bahagia Selalu

Tuesday, February 12, 2019
Kadang-kadang kita merampuh marah bukan sebab kita nak pun tapi sebab terlalu tertekan dengan keadaan sekeliling. Manusia ni mudah saja melemparkan kata-kata nista tanpa menjadi seorang pendengar yang baik.

Kita ni kalau tak mampu nak jadi orang yang baik lebih baik diam je daripada berkata-kata. Tak semua orang boleh terima kata-kata yang kurang baik. Belajar menjadi seorang manusia yang baik. Umur tidak melambangkan kebaikan sebab umur hanya satu angka.

Kadang-kadang kanak-kanak lebih cantik budi bahasanya berbanding kita yang tua ni. Orang tua, jangan ingat kamu dah tua bermakna kau boleh cakap apa saja yang kau suka. Dengan alasan kau lebih banyak makan garam. 

Hidup ini kalau kita terlalu mendabik dada dengan apa yang kita ada. Sekelip mata jer Allah boleh ambil balik apa yang Dia bagi. Jangan sombong sangat dengan nikmat yang diberi percuma. Mungkin juga atas usaha kita tapi dengan izin Allah. Kalau dia tak izinkan, mana mungkin kita akan dapat apa yang kita mahukan. Ingat, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan.

Sebenarnya menaip ni hanya untuk peringatan diri sendiri juga. Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari. Manusia tak sempurna. Selagi ada nafas untuk berbuat kebaikan, inshaAllah pasti Allah membalasnya. 

Ya Allah, janganlah kau bolak balikkan hati kami setelah kau berikan kami hidayahMu.

Tak semua orang boleh memiliki hidayah Allah. Selagi hati kita dijentik untuk berbuat kebaikkan, teruskanlah walaupun kadang-kadang ianya amat sukar. Nak buat baik memang susah tapi kalau kita istiqamah ke jalan Allah besar sungguh pahalanya.

Ada orang kata, buat apa nak buat benda baik kalau tak ikhlas. Tapi paksalah diri untuk terus buat baik. Keikhlasan itu akan datang dengan sendirinya. Hanya Allah saja yang tahu hati kita ikhlas atau tidak. Selebihnya kita kena berusaha. Melawan nasfu sendiri juga adalah satu perjuangan yang tiada kesudahan. Nak lawan dari buat benda tak baik itu pun susah kalau hati tak kuat.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.