Salam 2 Jun 2020

Tuesday, June 02, 2020
Sejak PKP ni keadaan blog Kak Feni agar berterabur dan tak teratur rasanya. Plan macam-macam tulis guna handphone tapi banyak tak publish.

Job pun buat yang penting je. Post di ig je supaya nampak kita masih aktif. Masa macam cemburu betol dan berlalu begitu sahaja bila takde plan. 

Dah masuk kerja balik ni kena susun balik aktiviti harian sebabnya banyak benda Kak Feni kena buat sendiri. Kalau sebelum ni Kak Feni ada masa untuk menulis dari jam 5.30 petang hingga 7.00 petang. Sejak kena PKP ni husband dah tak boleh nak hantar dan jemput, makanya Kak Feni kena drive sendiri.

Dalam 2 3 minggu ni banyak benda yang dah selesai. Alhamdulillah. 

Sebenarnya Kak Feni dah pun sign SPA untuk beli rumah di Langat juga. Bank loan pun dah approved. Sekarang tunggu urusan nak buat keluar duit dari KWSP je.

Tunggu lawyer bank dan lawyer Kak Feni uruskan. InshaAllah semoga dipermudahkan segalanya.

Dulu rasa macam susah sangat nak beli rumah sebab rasa macam tak mampu. Tak sia-sia Kak Feni berangan dan tulis segala impian dulu. Allah tunggu masa yang sesuai untuk lepaskan segala impian Kak Feni.

Bermimpilah kerana mimpi itu percuma. 


Hari ini selesai semua urusan bank. MyBsn Kak Feni dah deactive sebab tak login 3 bulan dah. Maklumlah PKP ni tak ambil kisah langsung. Bila buat loan dengan bank BSN. Bank suruh kita buka akaun BSN. Kak Feni cakap dah ada, jadi kena aktifkan.

Hari ni call customer service BSN untuk aktifkan balik. Alhamdulillah selesai. Lepas ni bila urusan pembelian rumah selesai. Mudah untuk Kak Feni buat bayaran rumah.

Syukur ya Allah sebab permudahkan segala urusan Kak Feni dan keluarga. Bukan senang nak senang. Kena usaha dan sentiasa berdoa.

Rasa macam berbaloi dengan penat lelah selama ini dapat beli rumah sendiri. Walaupun hanya rumah pangsa tapi lebih baik ada dari tak ada kan ?

Lebih baik rumah sendiri dari rumah sewa. Takpelah masih dalam pinjaman dengan bank pun. Esok-esok ada rezeki habis bayar. Ada rezeki lagi mana tahu Allah bagi yang lebih baik. InshaAllah sentiasa bersangka baik dengan Allah.






11 comments:

  1. tak kisah la rumah pangsa pun..yang penting ada tempat berlindung...kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tak kisah sangat janji ada tempat berteduh untuk keluarga.

      Delete
  2. Samalah akaun Bumiputera Commerce macam tak aktif.
    Harap segala urusan Feni dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada Bumiputera Commerce ke ? Skrg dah tukar CIMB ? Ke kak feni silap ?

      terima kasih NA. Harap macam tu juga.

      Delete
  3. doakan Hans dapat beli rumah juga
    tengah cuba mengumpul duit deposit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Feni kumpul duit untuk deposit 10% je Han. Yang lain semua loan. Kalau boleh buat full loan. Deposit tu boleh buat renovation rumah.

      Delete
  4. wahhh tahniah, semoga di permudahkan semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak. Rezeki 2020 dan anak-anak.

      Delete
  5. Semoga dipermudahkan urusan awak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak. Nanti Kak feni jalan-jalan di blog ya.

      Delete
  6. Oh ya...Jemput sertai segmen blog list saya...
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.