5 Tips Bagaimana Menyusun Atur Bilik Untuk Dapatkan Tidur Yang Lebih Baik ?

Tuesday, July 21, 2020
Beberapa minggu lepas Kak Feni menghadapi satu masalah iaitu susah nak tidur malam. Badan dan otak penat sebenarnya namun bila nak lena tak boleh nak lena dengan baik. Bila tak dapat tidur yang berkualiti, rutin harian pun macam terganggu dan tak produktif.

Jadi Kak Feni google cara macam mana nak dapatkan tidur yang baik. Jom Kak Feni kongsikan semula agar sesiapa yang ada masalah macam Kak Feni boleh cuba tips yang sama ni.

Photo kredit to : Sirap Limau


1. Kemaskan Segala Benda Yang Bersepah 


Biasalah bilik kan. Ada banyak sangat barang yang kita guna hari-hari. Nak-nak pula rumah yang kecil macam rumah Kak Feni. Buang segala benda yang bersepah dan serabut mata memandang. Susun dalam kotak atau simpan di tempat yang sesuai.

2. Biarkan Ruang Terbuka


Kalau ada tingkap, buka tingkap agar pengaliran udara dapat keluar masuk dengan sempurna. Kadang-kadang udara dalam bilik pun tercemar disebabkan oleh bau-bauan yang kurang enak.

3. Sentiasa Kering Dan Sejuk


Pengaliran udara yang baik sangat membantu. Ada rumah dipasangkan dengan pendingin udara untuk menyejukkan bilik. Ada yang hanya menggunakan kipas. Tak kisahlah janji boleh menyejukkan udara yang hangat.

4. Dapatkan Penutup Mata dan Telinga (jika perlu)


Yang ni memang penting tambah-tambah lagi macam Kak Feni yang ada 2 anak kecil. Kak Feni sakit kepala sangat jadi terpaksa guna bantal untuk tutup mata sebab cahaya lampu. Kita nak tidur anak-anak sibuk nak main.

5. Buangkan Segala Gangguan


Buang benda-benda yang tak diperlukan dalam bilik. Barang-barang mekap yang dah tamat tempoh ataupun pakaian yang tak boleh dipakai eloklah dibuang ataupun diberikan kepada orang yang mahu (sekiranya masih elok). Ikut kesesuaian sendiri.


Setelah Kak Feni ikuti beberapa tips di atas, Kak Feni dapat tidur dengan lena dan tenang. Jadi rutin harian pun dapat dijalankan dengan tenang dan bahagia. Alhamdulillah.

4 comments:

  1. Tips yang baru juga Feni beritahu Selalu tips elak guna alat elektronik sebelum tidur, baca buku sebelum tidur itu yang selalu dapat.

    ReplyDelete
  2. abe kie pun kdg2 alami masalah susah nak tdo balik jika terbangun pd jam 4 pagi mcm hari ni.

    ReplyDelete
  3. bilik akak kecik je, jadi takde banyak barang... lepastu bila tutup langsir tingkap memang otomatik gelap... rumah dekat dengan hutan, itu kalau masuk blik je memang lelap heheheh

    ReplyDelete
  4. kelip2 mata banyak kali bagi mata letih. lama2 tertidur la.. selalunya buat gitu je..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.