Cari Bahagia Kita Sendiri Dengan Cara Kita

Tuesday, September 22, 2020


Nak bahagia tak perlu bersaing dengan siapa-siapa. Hanya senyum dan teruskan sahaja. Dugaan ini bukan kita sahaja yang kena rasa. Semua orang ada ujian masing-masing. 


Teruskan melangkah dan sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Kita kalau nak fikirkan apa yang orang tak suka dengan kita sampai bila-bila pun kita takkan rasa bahagia dengan cara kita. Jadi buang segala apa yang membebankan fikiran dan nikmatilah hidup ini seadanya.


Ingat !


Perkara kecil yang kita lakukan hari ini akan menjadikan kita lebih bernilai dan bermakna di kemudian hari. Contoh Kak Feni nak share.


Aku nak duit RM10K dalam akaun aku.


Jika hari ini aku tak menyimpan sikit-sikit. Sampai bila pun kita takkan capai RM10K dalam akaun aku. Jadi... Jangan pandang rendah dengan diri sendiri. Buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Masa kecil kan mak-mak kita selalu cakap. "sikit-sikit lama jadi bukit". InshaAllah yang kecil itulah yang menjadikannya lebih besar.


Begitu juga amalan kita. Jika sebelum ini rasa malas nak berzikir. Malas nak solat. Malas nak memotivasikan diri sendiri. Cuba buat sikit-sikit setiap hari. InshaAllah akan ada manisnya nanti. Belum cuba belum tahu. Dah cuba baru tahu nikmatnya.


Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberikan nikmat untuk berkongsi ini. "Sebarkan kebaikan walau hanya dengan satu ayat".


Mana tahu dalam ramai-ramai yang mendapat manfaat dari kita dan mendoakan kita, Allah makbulkan doanya. Semoga kita semua baik-baik saja dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah S.W.T.


InshaAllah. Allahumma Amin. Alhamdulillah.

8 comments:

  1. Alhamdulillah semoga tercapai Feni hendak ada RM10 000 dalam akaun.
    Saya pun hendak jadi orang yang bahagia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah antara niat kak feni bila senang nak bantu orang lain juga.

      Delete
  2. InsyaAllah aaminn..
    Hidup ini bukan perlumbaan.. Hidup ini ujian.. Terima kasih atas perkongsian kak..
    Semoga memberi manfaat melalui penulisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya alhamdulillah nikmat apa lagi yang kita nak dustakan. Allah uji kita tanda Dia sayang. Susah ujian senang pun ujian. Hati nak istiqamah itu memang banyak dugaan.

      Delete
  3. Semoga dilimpahi kebahagiaan yang berterusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP. Alhamdulillah semoga yang baik-baik je datang kepada kita.

      Delete
  4. Terima kasih WP. Alhamdulillah semoga yang baik-baik je datang kepada kita.

    ReplyDelete
  5. kalau tak usaha memang tak kan dapat apa yang kita nak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.