8 Amalan Mudah Tetapi Luar Biasa Hebat

Thursday, October 22, 2020


Orang yang berjaya sentiasa berjaya merancang untuk masa depannya. Jadi mulai hari ini walau sekecil mana pun nikmat yang Allah bagi. Kita harus bersyukur. Jom ikuti beberapa amalan yang mudah yang boleh kita amalkan untuk kesan yang luar biasa hebatnya.


1. Membawa Buku Nota/ Buku Catatan dan Pen

Bawa buku nota kecil kemana saja pergi. Kak Feni pun suka amalkan benda ni. Lebih suka tulis tangan berbanding guna smart phone. Kalau tak ada buku nota boleh saja tulis dengan menggunakan smart phone. Terpulang pada diri masing-masing yang mana lebih mudah.


2. Rancang Hari Anda malam Sebelumnya

Hari yang baru bermula pada malam hari. Sebaiknya rancang hari esok malam sebelumnya. Rancang apa aktiviti dan komitmen yang akan kita lakukan hari esok agar kita dapat tahu dan membayangkan apa yang berlaku esok.


3. Catat 3 Kemenangan untuk Hari Esok dan Semak 3 Kemenangan Hari ini

Pada malam sebelum tidur, catatkan 3 perkara utama (3 kemenangan) yang wajib saya lakukan esok hari dan menyemak kembali 3 kemenangan saya pada hari ini. Tandakan 3 perkara tersebut dan ini bermakna kita sudah bergerak 3 langkah ke hadapan ke arah impian dan perancangan kita.


4. Rekod dan Catat Segala Perbelanjaan Kewangan 

Catat segala perbelanjaan kewangan dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Rekod perbelanjaan ini dapat mengawal nafsu kita dari membazir kepada benda-benda yang bukan-bukan. Perkara ni nampak kecil tapi besar kesannya.


5. Catat Perjalanan Hidup dalam Jurnal (Diai Kehidupan)

Peruntukkan 10 minit sebelum tidur  untuk mencatat perjalanan hidup pada hari tersebut. Sediakan satu diari khas untuk mencatat segala perancangan, visi dan misi, idea-idea baru, perjalanan hari demi hari. Ini agar dapat memantau kesemua aspek perancangan, kewangan dan perjalanan hidup kita setiap hari agar lebih teratur.


6. Power Hour

Power Hour atau Holy Hour adalah satu jam yang tulen yang bebas dari segala bentuk gangguan (seperti telefon, ipad, anak-anak, radio dan komitmen lain) ianya adalah HANYA melakukan tugasan penting pada waktu tersebut.

Ia adalah 1 jam yang kita hanya fokus kepada berfikir dan menyelesaikan tugasan atau projek paling penting kita.

Kita boleh memilih Power Hour kita sendiri sama ada 1 jam pada waktu pagi atau waktu malam mengikut kesesuaian sendiri.

Cuba lakukan dan kita akan dapati bahawa kita akan menjadi lebih produktif dan lebih masa untuk melakukan pelbagai perkara lagi pada hari tersebut.


7. Rutin Berjalan (Daily Walk)

Luangkan masa dalam 10 hingga 20 minit untuk berjalan kaki. Paling kurang 10,000 langkah sehari. Jika sibuk di pejabat sekalipun, ambil masa untuk berjalan dan kesannya bukan sahaja untuk kesihatan malah otak pun cergas.


8. Bangun Seawal 5 Pagi

Islam sangat menggalakkan umatnya bangun awal sebelum subuh untuk beribadah dan berqiamulail dalam memeriahkan malam dengan solat-solat sunat dan amalan sunat. Begitu juga kita akan lebih produktif bila kita memulakan hari dengan lebih awal 1 jam daripada biasa. Nampak mudah namun memerlukan komitmen yang tinggi untuk sentiasa istiqamah melawan nafsu tidur dan godaan syaitan.


Begitulah 8 perkara mudah yang kesan yang luar biasa hebatnya jika diamalkan selalu. Kak Feni pun dapat dari salah satu founder dulu. Perkongsian yang harus dikongsikan bersama dengan cara Kak Feni sendiri. Semoga bermanfaat.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.