Depress, down, sedih, kecewa dan ...

Thursday, November 26, 2020

Pernah tak korang rasa down gila sampai rasa macam hidup ini dah takde makna? Rasa down, stress, depress, sedih, kecewa dan macam-macam lagi. Semua orang ada fasa macam tu. Rasa kecewa sangat dengan sekeliling kita. Nak duduk sorang-sorang nak layan feeling.


Allah sumpah sedih gila rasa sampai rasa macam dah tak guna hidup lagi. Tapi sebagai seorang muslim yang ada iman. Kita masih ada Allah tempat mengadu. Kalau rasa nak menangis, menangislah sepuas-puasnya jika itu dapat mengurangkan rasa beban dalam dada dan kepala.


Sakit itu hanya kita yang rasa. Allah sentiasa menguji kita ikut kemampuan hambaNya. Selalu pujuk hati yang ujian ini hanyalah sementara. Sampai masa ianya akan berlalu pergi.


Sebenarnya orang yang paling banyak melukakan hati kita adalah orang yang paling rapat dengan kita. Betul tak? Memang betul pun. Bila dah semakin meningkat umur ni. Pemikiran pun makin matang dan rasional. Boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.


Dulu remaja, tahu enjoy jer tak fikirkan pasal masalah susah-susah sampai sakit jiwa ni. Buat hal sendiri jer. Kalau jadi apa-apa pun aku sorang je yang tanggung. Bila dah meningkat umur, dah kahwin bersuami lepas tu dah beranak ni. Banyak benda yang kita belajar.


Belajar jadi isteri, ibu, jadi anak dan menantu, jadi adik beradik yang bertanggungjawab. Jaga hati semua orang. Allah sesungguhnya hidup ini perjuangan. Bila nak marah kena belajar bersabar. Jadi isteri dan ibu ni lagi parah rasanya sebab nak jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Kita semua tak sempurna.


Belajar jadi muslim yang baik. Belajar bersabar dan tenang dalam setiap ujian. Nak jadi orang yang baik-baik ni memang susah. Nak istiqamah ke jalan Allah ni memang tak mudah tapi kalau kita cari Allah dulu, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Segala ujian yang datang ni semuanya dari Allah. Nak tengok kita ni sabar ke tak. Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi ikutlah segala ajaran Allah.


Kalau rasa kecewa, carilah Allah. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan. 



Jadilah insan yang kuat untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bantu diri sendiri dulu baru boleh bantu orang lain. Usaha untuk diri sendiri dulu dan kita pun boleh bantu orang lain.


Bukan selfish tapi untuk meningkatkan motivasi sendiri. Bukan senang nak lawan nafsu sendiri kan ? Jadi kuatlah untuk hidup lebih bahagia. Kita sihat, kita okey, kita stabil, dalam masa yang sama kita boleh membantu orang lain yang berada di sisi kita. 


Keluarga dan anak-anak adalah sumber kekuatan. Buat yang terbaik untuk mereka. InshaAllah yang baik-baik saja akan datang kepada kita.

7 comments:

  1. Memang fikir Allah beri sebab mampu terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul walaupun kadang-kadang rasa susah nak terima.

      Delete
  2. Rasa itu tidak boleh dinafikan ada masanya terasa berat difikiran dan hati. Ujian besar untuk melentur fikiran dan perasaan. Itulah hakikat. Moga Allah sentiasa kawal iman kita.

    ReplyDelete
  3. kita perlu matang seiring dgn peningkatan usia. In Shaa Allah, segala permasalahan akan berjaya diatasi dgn sebaik mungkin. Aamiin...

    ReplyDelete
  4. pernah rasa sedih sgt masa akak masuk ward dan tahu ada masalah buah pinggang, rasa macam takde hari esok dah... tapi nasib family always support, walaupun kawan baik boleh bye bye kat kita tapi demi family kita kuat, masa tu akak belajar shoping online, happykan diri sampaikan hari ini... alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. perasaan tu semua normal kak kita semua akan rasa. mmg ada beberapa points dalam kehidupan kita akan rasa macam tu. kena kuatkan hati.. n mmg yang rapat selalu buat hati sedih. kita berharap banyak sngt kt diorang tu diorang buat kita cemntu. apa2 pun kita kena bangun balik lebih kuatt.. !!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.