Bersyukur Untuk Hati Yang Bahagia

Thursday, June 24, 2021

Dalam hidup ni kita akan sentiasa diuji dengan berbagai ujian yang kita sendiri tak tahu apa, bila dan dimana. Sebagai seorang umat Islam yang beriman kita hendaklah sentiasa bertawakal dan berdoa pada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi semua ujian.


Kadang-kadang kita rasa ujian kita ni sangat berat untuk dipikul, namun hakikatnya Allah tidak akan menguji hambaNya semampunya. Bermakna sepahit mana pun ujian yang Allah bagi, mesti ada hikmah disebaliknya. Mesti ada jalannya. Yakin dan lalui saja serta nikmatinya.


Nak jadi insan yang baik dan menuju ke jalan Allah itu memang perlukan banyak pengorbanan. Ini adalah kerana syurga itu bukan percuma. Dunia ini hanya persinggahan sementara menuju ke negeri abadi. Kita manusia tidak layak untuk menghakimi orang lain sebabnya setiap orang ada ujian masing-masing. Setiap insan itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.


Siapa kita untuk menghakimi orang lain. Hanya Allah saja yang tahu. Kita sebagai hamba harus sentiasa berusaha menjadi orang yang baik dan lebih baik. Kita tak sempurna, dan banyak kesilapan. Dari kesilapan itu sebenarnya kita belajar untuk jadi lebih baik. Terus berusaha dan jangan putus asa. Hidup ini ibarat roda juga. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang di bawah. Allah nak uji dengan kekayaan dan kemiskinan pun sekelip mata.


Peringatan untuk diri sendiri juga. Jangan selalu mendongak ke langit dan selalulah sujud ke bumi kerana berbisik pada bumi namun langit pun mendengarnya. Alhamdulillah untuk hidup ni dan sentiasalah bersyukur.





1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.