Masak-masak Dengan Kak Feni

Tuesday, June 22, 2021


 

Setelah beberapa hari cuti memasak, hari ni Kak Feni masak makan tengahari merangkap malam terus. Kira macam sekali masak untuk sehari terus. Hehe telur dadar Abang Aus lupa nak ambil gambar sebab dah lapr sangat. 


Hari ni masak ikan kembung 3 rasa, sayur sawi dengan tofu telur dan telur dadar. Semalam beli sup dengan gulai daging. Ya ampun dagingnya liat sampai sakit gigi mengunyahnya. Haha makanya hari ni nak taknak kena masak. Abang Aus kata sakit gigi abang makan daging tu. Selalunya ummi masak daging mesti sampai empuk dan lembut. Bila beli daging liat, Allahuakbar sedih rasa. Harga dahla mahal sekarang ni. 


Kalau diikutkan masak sendiri dan beli pun lebih kurang je tapi anak-anak dah jemu beli. Suruh ummi masak jugak walaupun cincai. Ummi pun tak pandai masak. Nak masak tengok resepi dulu lepas tu baru beli bahan dan masaklah macam mana pun janji ada rasa dan boleh makan. Asal kenyang perut.


Kak Feni akan masak siap-siap sebelum zuhur. Makan solat dan sambung PDPR untuk sekolah agama pulak, Alhamdulillah bolehla belajar sikit-sikit walaupun penuh dengan cabaran. Baru anak 2 dah pening. Allah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

2 comments:

  1. kann...masalah betul...lepas masak lupa nak ambil gambar...dah kenyang baru teringat nak ambil gambar masuk blog..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah selalu macam tu. Anak-anak pulak tak menyempat. Lapar-lapar, ummi dia kalut nak snap gambar nak masuk dalam blog.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.