Pengalaman Pertama Nak Pegi Kelas Offline Sendiri

Friday, October 16, 2015
Haha. Tengok tajuk pun dah nak gelak besar weh.. That my first time i drive sendiri nak pergi kelas Offline anjuran Master Haji Roslan dekat Sri Rampai Branch. Ini adalah program kali kedua aku join dalam bisnes Shaklee ni. Macam-macam aku fikir. Macam-macam benda aku nak buat dalam bisnes ni. Aku nak berjaya jadi aku kene join orang yang berjaya.

Ohoo..mula-mula mase Master NadZaim wassap aku pasal program ni. Aku huru hara jugak lah. Maklumlah anak kecik lagi. Macam mane ni wei ?? Sape nak jage adik Rayyan..?? Nak bawak aku xde baby seat dalam kete. huhu. So plan A B C kene ada. Otak bergeliga mencari idea macam mane aku nak pegi. Aku rojer kakak ipar aku Kak La tanya mintak tolong boleh tak jage adik Rayyan. Dia kata ok Alhamdulillah selesai satu bab. 

Kedua aku rojer my BFF Dayang ajak dia join skali. Dayang ni adalah anak shaklee aku so aku ajak dia skali dan dia okay. Haha. Kami pun buat perancangan macam mana nak pergi tempat tu sedangkan aku memang tak tahu tempat dan tak tahu jalan. Maklumlah selama ni semua en suami yang bawak. Kita jage anak je kat sebelah. huhu..

Tiba hari yang ditunggu-tunggu aku keluar awal pagi bersama anak sulungku Abang Aus untuk mengambil Dayang dan Aisar di Kajang. Dari Kajang kononya nak pasang waze tapi entah mana-mana jalan yang dia tunjuk. Rasa nak menangis oiii. Huhu.. dan kami sesat oooh tidakkkk... Col orang tu col orang ni tanya jalan. haha.. Mase kekalutan berlaku macam2 wassap dapat. Terima kasih kepada yang banyak membantu.

Kami sampai di Shaklee Sri Rampai tepat pukul 11.00 pagi sedangkan kelas bermula pukul 10.00 pagi. Kami terlewat sejam tapi takpelah. Hentam jela labuuuu. Memandangkan ni kami pegi sendiri so pandai-pandai la bawak diri. Kami masuk buat muka selamba walau kerusi dah tak banyak..hoho

Dalam kelas ni macam-macam sharing diorang buat. Bestttt dapat banyak ilmu... Rugi sape yang tak pegi kelas-kelas ilmu free ni..

Nahhn belanje gambar sepukul untuk tatapan u olss...


Bersama Dayang, Neesa, Master Salwa Ashbul Jannah dan anak-anak

Bersama orang-orang yang hebat kita pun rasa hebat... hahaha.. Amik auraaaaa...

Thanks to Dayang sebab sudi susah payah dengan aku..Haha lawak weh... Huru hara dunia bila si nana jumpe si nana demi menuntut ilmu. Huwaaaa... Sesat berkilo-kilo, minyak kereta hampir habis dan bateri handphone out of service.. Memang Terbaekkk !!!

Okay daaaa... Jumpe lagi di entry akan datang bila ada masa free ada mood nak menulis dan ade idea mencurah2...keke..

Salam sayang...
Safeni Feni

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.