10 TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK SECARA SIHAT

Wednesday, January 27, 2016
Saya bukan perokok tegar namun saya ada info yang menarik untuk dikongsikan bersama anda tentang beberapa tips untuk menghilangkan ketagihan merokok. 


Tanya diri anda berapa kali anda berjanji untuk berhenti merokok? Jika anda sudah memikirkannya alhamdulillah saya ucapkan tahniah kerana sudah anda tanda anda akan berhenti merokok.

Ikuti beberapa tips di bawah supaya dapat membantu anda dalam merealisasikan matlamat anda untuk terus tidak merokok. 

1) Umumkan kepada semua orang bahawa anda ingin berhenti merokok

Anda disarankan supaya memberitahu keluarga dan rakan-rakan tentang keputusan untuk berhenti merokok. Dapatkan sokongan orang terdekat iaitu isteri, ibu, adik-beradik atau sahabat baik supaya sentiasa mengingatkan anda tentang matlamat anda untuk berhenti merokok. Penting, cuba elakkan bersama orang-orang yang merokok.


2) Tetapkan Waktu

Tetapkan target waktu untuk berhenti merokok contohnya 2-3 minggu setelah keputusan diambil. Cuba bertahan untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan. Kurangkan bilangan rokok untuk setiap hari. Jika sekotak sehari anda boleh mengurangkannya kepada beberapa batang rokok sahaja sehari mengikut kemampuan.

3) Buat jadual 

Buat jadual tertentu untuk mencatat bilangan rokok yang dihisap setiap hari. Cuba untuk melihat hasilnya. Tak ramai orang yang berjaya pada percubaan pertama namun jangan mudah putus asa.

4) Hindari aktiviti yang membuatkan anda merokok 

Cuba kurangkan aktiviti yang melibatkan rakan-rakan perokok. Hindari minuman yang berkafein seperti rokok, bergas dan beralkohol. Cuba amalkan makan buah-buahan yang boleh menghilangkan rasa terhadap rokok.


5) Buat-buat sibuk

Ini sangat penting sebab bila anda sibuk anda tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang rokok. Jika waktu kerja boleh menahan diri daripada merokok mengapa lepas waktu kerja anda tidak boleh tahan merokok. Gantikan waktu senggang dengan melakukan aktiviti olahraga, joging atau berbasikal.


6) Tidur 

Dalam waktu untuk membebaskan diri daripada merokok anda disarankan lebih banyak tidur supaya tidak terlalu memikirkan tentang rokok. Badan memerlukan rehat yang sempurna dalam proses untuk berhenti merokok.

7) Kunjungi tempat bebas asap rokok

Pergi ke temapt-tempat awam yang dilarang untuk merokok seperti taman-taman permainan, pasaraya, tempat-tempat yang berhawa dingin dll. Untuk bersantai pun pergilah tempat yang bebas asap rokok.

8) Jauhi godaan rokok selepas makan

Selalunya perokok akan merokok selepas makan. Cuba elakkan diri dari merokok selepas makan. Banyakkan minum air kosong untuk mengawal perasaan dan keinginan untuk merokok. Air membantu menenangkan fikiran.

9) Perhatikan diet anda

Jaga pemakanan. Kebanyakkan perokok yang ingin berhenti merokok selalunya merasa ingin mengunyah sesuatu di dalam mulut sebagai pengganti kepada menghisap rokok. Ambil snek yang sihat seperti buah-buahan sebagai hidangan kudapan.


10) Berfikiran positif

Fikirkan tentang manfaat yang akan anda perolehi sekiranya berjaya berhenti merokok. Jangan fikirkan tentang beban yang ditanggung. Sentiasa berfikir yang kita mampu lakukan.




Hanya dengan sesudu Vivix setiap hari membantu anda untuk kurangkan ketagihan merokok. 

Kini anda boleh berhenti merokok dengan mudah hanya dengan mengamalkan Vivix yang telah diakui oleh perokok-perokok tegar.

Macam mana Vivix boleh menghilangkan ketagihan untuk merokok?

Vivix berfungsi untuk mendetoxkan nikotin yang terdapat dalam saluran darah, organ dan juga otak. Bila nikotin dalam badan sudah tiada dalam badan maka ketagihan untuk merokok juga akan hilang.

Bila anda mengamalkan Vivix rasa untuk merokok akan hilang kerana feeling untuk merokok itu telah digantikan dengan Vivix yang sedap ini.

Vivix boleh mengurangkan kejutan akibat berhenti merokok.

Sebaiknya Vivix diambil bersama dengan Alfalfa Complex untuk mencuci segala benda yang terdapat dalam organ dalaman terutama hati.

Jom lihat beberapa testimoni berkenaan dengan keberkesanan Vivix dalam membantu dalam proses berhenti merokok.







Jangan tunggu lagi dan bertindaklah sekarang untuk masa depan lebih sihat.


Safeni Feni
Telegram / WhatApps : +601115672780
Email : feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.