12 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Sihat Dan Kelihatan Muda Remaja

Friday, March 18, 2016



Memiliki kulit yang cantik adalah impian setiap semua orang terutamanya wanita. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat, muda remaja haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting bagi menghasilkan kulit yang sihat. 

Jom ikuti beberapa tips untuk mendapatkan kulit yang sihat 


Jauhkan dari sinaran matahari
Cuaca persekitaran memainkan peranan penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jadi elakkan dari berdiri lama di bawah sinaran matahari. 90 peratus kerosakan kulit adalah berpunca daripada sinaran matahari. Sinaran ultraungu boleh menyebabkan kesan penuaan yang cepat kepada kulit. Ia juga merosakkan elastin dan kolagen dalam tubuh.



Jangan merokok !
Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan saluran darah mengecil dan menghalang oksigen sampai ke kulit. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering sehinggakan menjadi pucat dan tidak bermaya. Perokok yang aktif boleh menyebabkan mulut dan sekitar bibir menjadi hitam. Bahan kimia yang terkandung dalam rokok menghalang pertumbuhan kolagen dan elastin serta protin untuk menyokong kesihatan kulit.



Amalkan diet yang sihat
Amalkan makan yang sihat untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih. Elakkan banyak makanan yang mengandungi tinggi kolestrol kerana boleh menyebabkan kulit menjadi menggeleber. Banyakkan makanan yang berunsurkan sayur-sayuran dan buah-buahan.


Kurangkan pengambilan alkohol bagi bukan muslim
Elakkan mengambil minuman atau makanan yang mengandungi alkohol. Alkohol menyebabkan kulit menjadi kering dan menghalang nutrien penting sampai kepada tubuh.


✿ Minum banyak air kosong
Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ini adalah untuk membuang segala toksin dalam badan. Ia juga membantu dalam membentuk kulit bertambah sihat dan bersih dari jerawat dan jeragat.


✿ Dapatkan tidur yang secukupnya
Pembaharuan sel berlaku kebanyakan pada waktu malam apabila oksigen dalam darah diangkut membekalkan zat nutrisi kepada kulit anda dengan lebih cekap untuk otot dan sistem pencernaan lain.


✿ Biasakan dengan senaman
Senaman melancarkan aliran darah dalam badan. Ia juga boleh membentuk kolagen, proten yang diperlukan untuk kekal sihat.



✿ Kebersihan diri
Sentiasa menjaga kebersihan untuk mengelakkan penyakit. Sentiasa pastikan diri dan tangan sentiasa bersih untuk mendapatkan kulit muka yang bersih.



✿ Bercukur 
Bercukur boleh menyebabkan keradangan kulit. Sentiasa pastikan guna krim pencukur atau gel sebelum bercukur. Sentiasa menukar mata pisau cukur anda supaya tidak mendapat kecederaan pada kulit.


✿ Sentiasa berfikiran positif
Berfikir seperti orang muda. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka. 


✿ Memanjakan diri sendiri
Manjakan diri dengan mengunjungi spa. Mandi dan scrub seluruh tubuh dengan wangian dan sapu badan dengan pelembab untuk kekalkan kelembapan kulit.


✿ Gunakan produk yang bersesuaian dengan diri
Perkara penting dalam penjagaan kulit adalah dengan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Sekiranya produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan keradangan. 

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.