Demam Campak - Tindakan Awal Selamatkan Nyawa

Tuesday, March 08, 2016
Bagi sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil saya nak share sikit tentang demam campak dan sedikit panduan untuk ibu bapa juga penjaga.


Demam campak (measles) merupakan anatra penyakit yang berbahaya semasa di peringkat kana-kanak. Kebanyakan kes demam campak berlaku kepada kanak-kanak di bawah umur satu tahun kerana mereka belum menerima pelalian demam campak.



Demam campak merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dan menyebabkan :


  • Demam panas (suhu tinggi)
  • Ruam merah kecil
  • Selesema dan hidung berair
  • Batuk
  • Mata merah berair/konjuktivitis
Demam campak boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut :
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak
  • Mata merah, bengkak dengan lelehan berair atau nanah yang boleh menyebabkan buta
  • Radang otak (encephalitis)
  • Kematian
Penyebab demam campak
  • Demam campak disebabkan oleh virus campak
  • Virus disebarkan melalui titisan kecil air liur dan titisan hidung yang terpercik semasa batuk, bersin atau bercakap
  • Virus juga boleh tersebar apabila menyentuh permukaan yang tercemar
  • Virus mampu bertahan selama 2 jam di permukaan yang terkontaminasi
Golongan berisiko
  • Bayi berumur kurang setahun
  • Kanak-kanak yang tidak mendapatkan imunisasi
  • Sesiapa sahaja yang belum pernah mendapat demam campak atau tidak pernah mendapat pelalian demam campak
Rawatan
  • Tiada rawatan khas bagi demam campak
  • Komplikasi boleh dielakkan jika demam campak dapat dikenalpasti dengan segera
  • Bawa anak anda ke klinik atau hospital dengan segera jika disyaki dijangkiti.
Pencegahan
  • Cegah demam campak dengan pelalian
  • Dapatkan pelalian demam campak sebagai hadiah hari jadi pertama anak anda
Peranan ibu bapa dan komuniti
  • Bantu pastikan semua kanak-kanak dalam komuniti mendapat pelalian MMR pada umur 12 bulan
  • Jika didapati bahawa ada kanak-kanak yang tidak mendapat pelalian, gesa ibu bapa / penjaga mereka untuk mendapatkan pelalian tersebut
  • Kanak-kanak yang disyaki menghidap demam campak perlu dibawa untuk pemeriksaan supaya jangkitan kepada kanak-kanak lain dalam komunit dapat dicegah dan rawatan dapat diberi untuk mengelakkan komplikasi
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.