Macam Mana Nak Menulis ?

Wednesday, March 30, 2016
Tajuk gila lagi kan ? Adesss..  Ramai yang buntu dan takde idea bila nak menulis. Macam ai ni la.. Kadang-kadang ikut jer apa yang nak tulis. Hahaha. Mudah saje.

Bismillahirahmanirahim...

Ya Allah berikan aku idea yang hebat untuk menulis dan memberi manfaat kepada orang lain. Doa biar spesifik gitu. Nak ajak orang untuk menuju kepada perkara baik memang susah sangat. Tambah-tambah lagi dengan keadaan kita yang tak punya apa-apa.  

Walau apapun hidup kita biar kita yang tentukan. Jangan terlalu fikirkan perkara-perkara yang negatif. Fikirkan yang baik-baik. In sha Allah hasilnya juga baik-baik saja.

Tulis dengan seikhlas hati. Buat sehabis baik. Tiada siapa nak marah kecuali bertentangan dengan agama dan hukum-hukum Allah. Jangan buat main. Mesti ramai yang naik hantu kan kan ?

Mula-mula cuba dulu. Lama-lama makin baik dan baik lah. Yang penting jangan putus asa. Belajar dan belajar. Cari mentor yang boleh guide kita untuk menuju kejayaan. Kadang-kadang hidup ni kita perlukan guru untuk memberi tunjuk ajar. Jangan berlagak bodoh sombong sehingga merasakan diri aku sudah pandai semuanya.

Practice makes perfect . haha buat latihan. Latih diri untuk menulis dan menulis dengan lebih baik. Jangan takut mencuba. Kejayaan tidak datang dengan mudah. 

Sebenarnya kata-kata ini adalah untuk diriku sendiri juga kerana aku pun masih belajar dan belajar. Pesanan untuk semua jangan takut untuk melangkah lebih jauh.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.