PETUA MERAWAT SELSEMA TANPA UBAT

Monday, May 23, 2016
Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema dan berbeza-beza setiap tahun. Jangkitan-jangkitan ini akan hilang dengan sendirinya kecuali terjadinya jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar melalui bercakap, batuk, bersin atau melalui sentuhan langsung.

Petua untuk hilangkan selsema dengan cepat


1) BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG ATAU SUAM

Air kosong yang suam sangat baik untuk tubuh badan kita. Kita perlu mengamalkan 8 gelas air sehari untuk waktu-waktu biasa. Bila kita mengalami selsema disarankan supaya minum lebih lagi air untuk membersihkan sistem tubuh badan daripada kuman penyebab selsema. Air juga boleh mengelakkan badan dari mengalami dehidrasi akibat pengeluaran hingus dan kahak yang berlebihan.

2) LEBIHKAN MINUMAN PANAS

Minuman panas boleh mengurangkan masalah hidung tersumbat dan dapat melegakan kerongkong. Ini kerana wap yang dihasilkan daripada air panas  boleh mencairkan kahak. Elakkan meminum air yang sejuk atau berais kerana boleh menambahkan lagi sakit tekak dan boleh menyesakkan nafas.

3) AMBIL WAKTU UNTUK BEREHAT

Kurang rehat boleh menyebabkan ketahanan tubuh menjadi lemah. Kuman dan bakteria jahat mudah menyerang menyebabkan selsema dan batuk. Jadi untuk memastikan badan cukup tenaga dan mengekalkan kesihatan anda perlukan rehat yang secukupnya. Ambil waktu rehat secukupnya dan elakkan aktiviti luar rumah yang boleh memudaratkan lagi kesihatan.

4) TERAPI WAP

Cara untuk membuat terapi wap sangat mudah dengan menyediakan sebesen air panas. Kemudian ambil sehelai tuala besar untuk menutup kepala dan muka di ruangan atas tengah-tengah besen yang berisi air panas tersebut. Proses ini boleh melegakan hidung yang tersumbat.

5) GUNAKAN HERBA-HERBA YANG TERDAPAT DI DAPUR

Campurkan sedikit madu dan air lemon atau teh limau untuk memberikan kelegakan pada tekak. Ia juga boleh merawat batuk dan mencairkan kahak. Air rebusan halia yang ditambah sedikit madu juga boleh melegakan selsema.


6) AMALKAN VITAMIN C SETIAP HARI

Mengamalkan vitamin C setiap hari sebagai langkah untuk mengatasi simptom selsema. Pengambilan secara berterusan membantu mengurangkan sakit tekak, batuk dan selsema. 

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.