Be Champion !!! Bangkitlah Untuk Membangunkan Diri Sendiri
Nak cari motivasi sendiri bukan senang. Tambah-tambah kalau sorang-sorang. Kalau boleh carilah mentor yang boleh membawa kita kepada kejayaan.
Kadang-kadang kita perlu bangkit untuk menuju kejayaan. Kita hanya mampu mengubah diri sendiri bukan orang lain.
Kita selalu rasa orang tu tak kena orang ni tak kena. Jadi jalan yang terbaik adalah perbaiki diri. Daripada hati asyik meroyan dengan sikap-sikap orang lebih baik fokuskan untuk membangunkan diri sendiri. Pedulikan dengan apa yang orang kata asalkan apa yang kita buat tu betul.
Nak ikut apa yang orang kata sampai bila-bila pun kita tak kan berjaya. Jadi tak perlu pun nak dengar cakap-cakap orang terutamanya yang negatif tu. Selagi apa yang kau rasa betul dan tak menyusahkan orang. You just go ahead. Pedulikan dengan apa yang orang nak cakap. Teruskan sampai berjaya.
Jangan biarkan kata-kata orang membunuh harapan dan impian yang kita bina. Bangun dan kejarlah impian kita tu. Peluk erat-erat. Jangan mudah berputus asa dengan cabaran dan dugaan yang mendatang.
Hidup ni kalau kita asyik nak puaskan hati semua orang, kita takkan mampu untuk melangkah jauh. Jadi buatlah apa yang kita rasa kita mampu. Berubah sikit-sikit namun konsisten. InshaAllah lama-lama kita akan jadi lebih baik dan baik.
Dengan izin Allah, kalau kita istiqamah untuk ke jalan yang lurus dan benar. Allah akan tolong kita. Pasang niat dan just teruskan. Kejayaan itu milik kita. InshaAllah.

No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !