7 Tanda Produk Kosmetik Mempunyai Bahan Kimia Terlarang

Thursday, September 08, 2016
TUJUH TANDA KITA SEDANG GUNAKAN PRODUK KOSMETIK YANG MEMPUNYAI BAHAN KIMIA TERLARANG! 

1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit. 

2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari.

Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk mengandungi bahan HIDROKUINON.

Apa itu HIDROKUINON? Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari, 

Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli. 

3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.

4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal. 

5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari. 

6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayat.


7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan. 

Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin dalam masa yang terlalu singkat. 


KESAN BAHAYA HIDROKUINON? 


1. Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari.


2. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok-tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.


3. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.


4. Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn, wajah juga kelihatan lebih tua dari usia. Ngerikan?!

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.