Hidup Ini Bukan Tentang Kita Saja

Thursday, November 17, 2016
Dalam mengejar cita-cita dan impian banyak sangat yang harus dilalui. Aku bukan anak orang senang jadi aku harus berusaha untuk sesuatu yang aku inginkan.

Aku belajar dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke besar-besar perkara. Daripada seorang yang sangat pemalu dan sangat takut untuk mencuba. Aku lawan perasaan itu. 

Dalam pada takut nak share sesuatu kebaikan aku belajar untuk berkongsi. Aku sangat perahsia orangnya. Terutama tentang hal peribadi dan hal-hal personal.

Aku tak  suka nak  share benda-benda yang sangat privasi. Tapi semuanya berubah bila aku belajar buat marketing online. Orang hari ini lebih sukakan teknik softselling berbanding hard selling. Terutamanya mengguna FB profile.

Daripada tak tahu buat blog. Belajar tentang coding, template dan macam-macam lagi. Keyword dan SEO. Kalau dulu main hentam dan buat saja. Bila dah ada sikit ilmu terus aply. Hari ini blog marketing untuk produk shaklee dah meningkat dan dah dapat pun customer dari blog.

Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Walaupun aku masih mengayuh untuk mencapai kejayaan tapi aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk teruskan kehidupan.

Kesusahan hari ini akan menjadi kesenangan untuk masa depan. Kalau dulu nak buat poster pun terkial-kial sekarang dah macam pro sikit. Ewah. Nak jadi macam hari ini perlu banyak kali try and adjust. Beribu kali fail dan cuba lagi.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.