Renew SSM di BSN

Friday, November 11, 2016
Esok adalah tarikh terakhir untuk renew SSM atas nama sendiri. Esok kan Sabtu jadi kena la buat hari ni. Hajat hati nak buat semalam lagi tapi tak boleh pergi sebab adalah sikit masalah.

Hari ini dengan nekadnya pergi jalan kaki pergi BSN. Agak jauh jugak la nak jalan tapi kena pergi jugak la. Tersadong kaki Mak Jemah sebab berlari lintas jalan. Mujur tak cedera parah.

Nak renew SSM dah tak susah macam dulu. Kalau dulu nak renew kena pergi pejabat SSM. Sekarang dah tak perlu sebab boleh jer renew di BSN. 

Tadi pergi BSN ambil no dan tunggu. Keluar ofis dalam pukul 12.15 tengahari. Nasib baik keluar awal sebab BSN yang dekat ofis ni tutup pukul 12.45 tengahari. Dalam masa 15 minit dah siap !

Lega bila dah selesai renew. Kalau tak renew kena denda. Huhu. 




Tadaaa da siap yang baru

SSM ni penting untuk peniaga online macam Mak Jemah ni ha. Nak jadi peniaga online yang dipercayai kena daftar supaya orang percayakan kita. Kita bukan tipu punya. 

SSM ni boleh bantu untuk dapatkan bantuan pinjaman kalau nak tambah modal. SSM ini menunjukkan bahawa kita betul-betul berniaga. Bank pun akan mintak salinan SSM sebagai salah satu dokumen dalam syarat-syarat pinjaman.



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.