Adakah Buah Pinggang Kita Sihat ?

Tuesday, December 27, 2016
Nisbah untuk pesakit buah pinggang ialah 1:15 untuk orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang. Ini bermakna 1 daripada 15 orang dewasa mempunyai risiko untuk mendapat sakit buah pinggang.

Apakah penyakit buah pinggan (ginjal) kronik ?

Penyakit buah pinggang kronik adalah satu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor.

✿Ia boleh dikatogerikan kepada 5 peringkat. Peringkat 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis.


Tahukah anda berapa kerapkah prnyakit buah pinggang (ginjal) kronik berlaku ?

Terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia mengalami penyakit buah pinggang kronik.

✿Terdapat lebih daripada 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2012.

Siapakah berisiko tinggi ?

Golongan yang mempunyai :

✿ Diabetis (kencing manis)
✿ Tekanan darah tinggi
✿ Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
✿ Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/akar-akar kayu/herba/tradisional
✿ Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
✿ Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urineri genital
✿ Batu karang pada sistem buah pinggang
✿ Pesakit strok
✿ Pesakit yang mempunyai masalah jantung
✿ Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja
✿ SLE (Systemic Lupus Erythematosus)


Tanda dan gejala

Badan berasa mudah letih
Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
Kerap kencing terutamanya pada waktu malam\Bengkak kaki dan muka
Sukar bernafas
Gatal seluruh badan
Pucat

*Majoriti pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali di peringkat hampir akhir atau akhir

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang (ginjal) pada peringkat awal ?

✔ Ujian air kencing
✔ Pemeriksaan tekanan darah
✔ Ujian darah

Apakah akibat tidak dikesan awal ?

Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan boleh menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau menjalani pemindahan buah pinggang.


PERHATIAN !!!

Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu :

❀ Pesakit diabetis (kencing manis)
❀ Pesakit darah tinggi
❀ Perokok
❀ Mempunyai berat badan yang berlebihan
❀Mempunyai ahli keluarag yang menghidap penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang
❀ Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang

Langkah-langkah pencegahan


1) Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah.

2) Mengawal paras gula dan kolestrol di dalam darah.

3) Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetis adalah baik (optimum).

4) Jangan makan ubat dengan sembarangan tanpa nasihat doktor.

5) Mengamalkan gaya hidup yang sihat iaitu makan secara sihat, berhenti merokok dan bersenam.

Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.