Bahan-bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik
SEBAGAIMANA kita sedia maklum, kanser telah menjadi penyebab utama kesakitan dan kematian di negara kita. Pada tahun 1970, jumlah yang dilaporkan ialah 6,254 kes, manakala pada tahun 1996, angkanya meningkat kepada 37,294 suatu jumlah yang amat membimbangkan iaitu pertambahan sebanyak 496%!
Oleh kerana itu pada Disember 1998, CAP telah membuat satu kajian asas untuk mendedahkan tentang bahan-bahan penyebab kanser dalam kosmetik dan produk kegunaan harian di war-warkan dalam Utusan Pengguna (akhbar bulanan CAP).
Di artikel tersebut pengguna dimaklumkan tentang jenis-jenis bahan kimia penyebab kanser yang terkandung dalam produk dan jenama berkenaan. Dimana isu ini menjadi satu topik hangat dan begitu popular sehingga diketengahkan dalam pelbagai rangkaian dan cara produk demi menyedarkan pengguna agar berhati-hati dan sentiasa bijak didalam memilih sesuatu produk yang hendak digunapakai.
Kajian tersebut dijalankan selama 1 1/2 tahun untuk melindungi terutama pengguna dari terus dimanipulasikan menggunakan produk yang boleh memudharatkan diri.
Satistik kajian tersebut mendapati kesemua bahan ramuan yang terkandung dalam 120 alatan kosmetik dan produk dandanan diri, cenderung mengandungi tidak kurang daripada 50 bahan penyebab kanser yang sering digunakan pengguna.
Tinjauan juga mendapati ancaman kanser terdapat dalam hampir semua jenis kosmetik dan bahan dadanan diri, antaranya buih mandian bayi, buih badan, krim cukur, gincu bibir, minyak wangi dan syampu. Dimana produk-produk tersebut boleh mengandungi sehingga 22 bahan yang berpotensi menyerapkan ratusan bahan kimia penyebab kanser menerusi kulit dan masuk ke dalam aliran darah.
Dalam tinjauan, kajian dan analisis yang dibuat keatas 120 alatan kosmetik dan barangan kegunaan harian, sekurang- kurangnya satu atau lebih daripada berikut :
* Bahan yang diketahui berkarsinogen (menyebabkan kanser) kepada manusia.
* Bahan yang mungkin dicemari bahan sampingan berkarsinogen.
* Bahan yang bertindak balas dengan kimia lain lalu membentuk karsinogen yang memudharatkan ketika penyimpanan dan penggunaan atau
* Bahan yang disyaki menyebabkan kanser di kalangan manusia atau yang dikaitkan dengan kanser melalui ujian makmal ke atas haiwan.
* Sekurang-kurangnya 60 bahan kimia berkarsinogen yang diketahui atau disyaki ditemui dalam tinjauan, kajian dan analisis terbabit.
Pemeriksaan yang dibuat ke atas 120 bahan ramuan barangan kosmetik didapati sekurang-kurangnya 50 bahan kimia berkasinogen didalamnya atau cenderung dikesan mengandunginya seperti :
* Pembayang mata boleh mengandungi sehingga 22 bahan karsinogen dan berkemungkinan karsinogen.
* Gincu bibir dan pembersih muka mengandungi 21 bahan karsinogen.
* Pewarna rambut dan syampu pula 20 bahan karsinogen.
* Losyen dan krim muka, 17 bahan karsinogen.
* Buih mandian bayi, 16 bahan karsinogen.
* Balm/pengilat bibir, 14 bahan karsinogen.
* Bedak asas dan topeng muka, 12 bahan karsinogen tiap satu.
* Krim/busa untuk pencukur dan penanggal mekap, mata, muka, 11 bahan karsinogen setiap satu produk.
* Pedandanan, 10 bahan karsinogen.
* Minyak wangi/cologne, 9 bahan karsinogen.
* Buih/krim mandian, skrub muka, ubat gigi dan gel/mousse rambut, 8 bahan.
* Losyen bayi dan pengilat kuku, 6 bahan karsinogen.
* Bedak kompak/debu,wangian selepas bercukur,sabun, 4 bahan karsinogen.
* Penyegar, pensil kening dan celak mata, 3 bahan berkasinogen.
* Maskara dan pelindung/penahan matahari, 2 bahan karsinogen tiap satu.
* Dan ubat kumur, 1 bahan karsinogen.
Kesemua bahan kimia yang menjejaskan kesihatan ini terkandung dalam barangan dan produk kegunaan harian kita. Apabila bergabung dengan pencemaran udara dan air, pengambilan ubat-ubatan dan bahan penambahan perisa makanan, pendedahan bahan kimia di tempat kerja maupun di rumah, kesemuanya faktor-faktor meningkatkan risiko kanser, selain kelemahan sistem ketahanan diri.
Menurut beberapa laporan karsinogen bahan kimia mungkin bertanggungjawab terhadap lebih banyak kes kanser berbanding radiasi.
Hasil tinjauan dan pemantauan dibuat mendapati tidak satu pun daripada label produk atau barangan yang mengandungi ramuan tersebut yang dijual, dipasarkan meletakkan jaminan keselamatan seumpamanya.
Menurut DORLAND'S Illustrated Medical Dictionary (Edisi 23) mentakrifkan karsinogen sebagai "apa juga bahan yang boleh menyebabkan kanser". Manakala The Merck Manual of Diagnosis and Therapy (Edisi ke 14, 1982) menjelaskan karsinogen sebagai "suatu bahan kimia atau agen fizikal yang berpotensi menghasilkan neoplasia, iaitu pembentukan sebarang pertumbuhan baru atau luar biasa".
Analisis, kajian dan tinjauan penyelidikan serta pemeriksaan yang dibuat bukan untuk menakut-nakutkan pengguna, malah bertujuan memberikan panduan keselamatan agar pengguna lebih teliti dan menyayangi diri sebelum terlambat, senantiasa menjadi pengguna yang berilmu, bijak dalam membuat pilihan sebelum membeli, memiliki dan menggunakan sesuatu produk atau barangan tersebut. Bak kata pepatah bijak membeli menang memakai, beringat sebelum kena dan mencegah itu lebih baik dari berubat.
Jangan kerana ingin menjaga status, mengikut trend dan gaya atau produk serta barangan itu berjenama paling gah dan mahal kesihatan kita tergadai. Tidak semestinya barangan atau produk yang berjemana dan mahal mempunyai kualiti yang tinggi dan terjamin.
Sebagai pengguna yang peka dan bijak dengan memeriksa label, tarikh luput kosmetik dan produk dandanan diri serta barangan yang hendak dibeli atau digunapakai samada berkualiti dan terjamin keselamatannya serta perlu pengetahuan serba sedikit tentang kandungan atau ramuan yang terkandung di dalamnya sebagai langkah berhati-hati dan tidak terjebak hanya kerana jenama terkemuka sesuatu produk atau barangan itu atau hanya sekadar terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan mengenai produk, barangan tersebut.
Pengguna yang tahu menilai haknya sedar keperluan diri dan percaya serta nyakin pada diri sendiri mampu untuk mengatasi kekeliruan untuk memilih hanya yang terbaik dari terus dimanipulasikan oleh produk atau barangan yang tidak terjamin kualiti serta keselamatannya.
Terbitan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL); PKPKL@hotmail.com
KARSINOGEN
Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.
Bahan-bahan karsinogen banyak sekali digunakan dalam bidang industri. Aflatosin B1 merupakan bahan yang keluarkan oleh kapang. Aspergillus flavus yang digunakan dalam penyimpanan bijirin, kekacang dan juga mentega kacang merupakan contoh karsinogen mikrobial yang sangat kuat yang digunakan. Terdapat juga virus seperti hepatitis B dan virus papilloma manusia diketahui juga penyebabnya kanser kepada manusia. Bagi pemakai pewarna kuku, tanpa disedari peluntur bagi perwarna kuku tersebut merupakan bahan yang boleh menyebabkan kesan barah kepada pengguna. Di dalam peluntur tersebut terdapat suatu unsur organik yang merbahaya yang dipanggil sebatian acetone OC(CH3)2 yang dapat melunturkan warna tersebut.
Setelah badan yang terdedah dengan unsur kersinogen, tubuh akan mengalami tindak balas gadaptasi bahan toksik untuk menghilangkannya yang disebut proses biotransformasi. tujuan tindak balas tersebut adalah untuk menyingkirkan unsur kersinogen yang menjadi lebih larut dalam air sehingga badan boleh menyingkirkannya melalui air kencing mahupun peluh. Tindak balas biotransformasi ini juga boleh menukarkan karsinogen yang bertoksik kepada lebih bertoksik.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !