Aktiviti Abang Aus dan Rakan-rakan Di Sekolah Hari Ini

Friday, February 17, 2017
Semalam Abang Aus tak pergi sekolah sebab demam. Habis semua orang kat rumah demam. Hari ni alhamdulillah Abang Aus dah sihat dan boleh pergi sekolah dengan gembira.

Lepas sekolah tadi Cikgu hantar foto aktiviti hari ni. Aktiviti hari ni buat jus buah-buahan. Nampak macam seronok sangat anak-anak kecil ni.

Jom tengok gambar diorang. Abadikan dalam blog supaya bila Abang Aus dah besar nanti boleh tengok balik aktiviti dia masa sekolah Tadika.

Terima kasih cikgu sebab beri tunjuk ajar kepada anak-anak ini. Kami kerja. Sob Sob Sob.


Foto ni credit to Cikgu dan yang mengambil gambar ini. Terima kasih banyak-banyak. 











Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia akhirat. Amin amin amin.

Hilang stress bila tengok muka anak-anak yang tidak berdosa ini. Anak-anak syurga. Kitalah yang mencorakkannya. Semoga ummi dengan abah dapat membimbing Abang Aus dan Adik Rayyan ke syurga.

Love,
Ummi, Abah & Adik Rayyan.

No comments:

Tinggalkan komen anda. Terima kasih.

Powered by Blogger.