Tips Kurus Dengan ESP

Thursday, March 16, 2017

Masalah berat badan merupakan salah satu punca penyakit di Malaysia. Ramai yang mengambil langkah mudah dengan mengamalkan pil-pil atau ubat-ubatan untuk kurus dengan cepat.

Hari ni Feni nak share tentang tips turunkan berat atau kurus dengan ESP. Berat badan Feni sebelum kahwin ialah 50kg. Bila dah kahwin naik 55kg. Bila dah beranak 2 ni naik melonjak-lonjak sampailah 62kg. Hahaha ngeri bila naik timbang.

Bila badan dah naik bam bam ni. Semua kerja terbatas. Dan cepat semput. Naik tangga sikit dah mengah. Feni fikir tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu untuk kembali sihat dan kurus.

Sebab utama Feni nak kurus ialah untuk jaga kesihatan. Maklumlah dah masuk umur 30an tahun ni. Jadi metabolisma badan dah semakin menurun.

Tips yang Feni amalkan untuk kurus ialah :

1) Jaga Pemakanan
Ambil makanan yang berkhasiat seperti lebihkan sayuran dan buah-buahan. Sarapan dan minum petang Feni pastikan ambil ESP supaya badan kekal bertenaga sepanjang hari. ESP ni untuk tenaga walaupun tak makan banyak pada waktu pagi.

2) Amalkan Senaman
Bermula kisah nak turunkan berat badan. Setiap hari Feni pasti lakukan senaman paling kurang 100kali lompat skipping. Tali skipping pinjam anak punya. Mula-mula buat memang penat dan mengah.

3) Minum Air Kosong
Selalunya bila kita rasa lapar mesti nak makan yang sedap-sedap kan. Feni akan minum air kosong banyak-banyak untuk mengelakkan dari minum manis-manis. Bila dah tak dahaga perasaan nak minum manis pun hilang. Minuman atau makanan yang manis boleh menyebabkan badan menjadi gemuk.

4) Sibukkan Diri
Kadang-kadang kita ni kalau dok bersantai tu mula la nak makan kudap-kudap. Kudap-kudap pulak jenis yang tak sihat macam keropok, gula-gula dan juga fast food. Jadi untuk mengelakkan dari makan benda-benda yang tak berkhasiat itu, feni akan sibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja yang boleh mengeluarkan peluh macam mengemas rumah, buat kerja-kerja rumah ataupun buat aktiviti dengan anak-anak.

5) Minum ESP
ESP adalah sumber protein yang membantu dalam memberikan tenaga. Kadang-kadang kita ni bila lapar mulalah nak makan macam-macam. Dengan ESP memang sangat membantu dalam melawan nafsu makan. So, memang boleh kurus.



No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.