10 TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL AKIBAT OBESITI

Wednesday, April 12, 2017

Ramai ibu hamil yang menghadapi kenaikan berat badan yang mendadak. Antara alasan yang paling popular didengari ialah makan untuk dua orang. Masalah ini boleh menyebabkan obesiti, diabetis dan bayi terlalu besar sehingga boleh menyebabkan bayi tidak boleh dilahirkan secara normal.

Jom amalkan tips ini untuk turunkan berat badan demi keselamatan ibu dan bayi :-

1) Catat berapa berat badan yang ingin dikurangkan

Penurunan berat badan haruslah sesuai untuk ibu hamil. Kiraan boleh dibuat berdasarkan (Body Mass Index) ibu sendiri.

2) Perlu tahu berapa jumlah kalori diperlukan setiap hari

Ibu hamil perlu tahu jumlah kalori untuk setiap makanan yang diambil untuk mengawal pemakanan. Pengambilan kalori yang berlebihan akan menyebabkan berat badan ibu semakin bertambah. Seeloknya ikut jadual menu yang disediakan oleh pakar nutrisi.

3) Mengawal berat badan sejak awal kehamilan

Sangat penting untuk ibu mengawal berat badan supaya tidak naik terlalu mendadak. Pengambilan makanan yang seimbang dan sihat membantu mengekalkan berat badan yang ideal seiring dengan perkembangan janin.

4) Makan dalam kuantiti yang sikit tetapi berulang-ulang

Jika selera makan membuak-buak ketika awal kehamilan amalkan makan dalam kuantiti yang sikit dan kerap. Ambil makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran sebagai snek.

5) Kurangkan makanan masin

Elakkan makanan yang terlalu masin. Garam yang berlebihan akan merosakkan keseimbangan cecair elektrolit dalam badan ibu hamil. Kesan buruk lain ialah risiko mendapat penyakit darah tinggi dan praeklamsia.

6) Elakkan makanan segara

Makanan segera memang tidak bagus untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Makanan segera mengandungi pelbagai bahan perisa, pengawet, pemanis dan bahan kimia yang bahaya untuk ibu dan bayi. Banyak mengambil makanan segera ketika hamil boleh menyebabkan risiko masalah gangguan mental kepada bayi seperti autisme.

7) Elakkan minuman bergas dan berkafein

Minuman ini tinggi kandungan gula. Pengambilan minuman ini boleh menyebabkan ibu mengalami kegemukan, diabetis, degupan jantung terlalu cepat dan kecacatan kepada bayi. 

8) Ambil makanan yang tinggi serat

Pengambilan makanan yang tinggi serat membantu melancarkan proses pembuangan ibu hamil. Sembelit sering dikaitkan dengan masalah obesiti dikalangan ibu hamil. Pengambilan makanan yang tinggi serat membantu ibu berasa kenyang dan melancarkan sistem pencernaan.

9) Menukar cara masak

Tukar cara masak daripada goreng kepada bakar, kukus  dan rebus. Gunakan minyak sayuran atau minyak zaitun.

10) Banyakkan minum air kosong

Minum air kosong membantu menurunkan berat badan. Air sangat baik untuk mengawal berat badan kerana ia membantu proses metabolisme dan pembakaran kalori dalam badan. 




Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.