5 CABARAN IBU BEKERJAYA SEBAGAI ISTERI, IBU DAN PEKERJA
Menjadi seorang isteri dan ibu yang bekerjaya memang sangat memenatkan dan boleh membuatkan hidup stress.
Namun segala cabaran yang timbul ini pasti dapat diatasi dengan mudah sekiranya pandai menguruskan waktu.
Antara cabaran yang sering di alami oleh wanita ketika keluar bekerja demi mencari rezeki untuk menampung ekonomi rumah tangga :
1) Risau keadaan anak
Semua ibu yang terpaksa meninggalkan anak demi kerja tetap risau keadaan anak kerana jauh dari pandangan mata. Masalah ini terutama kepada ibu yang terpaksa menghantar kepada pengasuh.
2) Masa yang berkualiti dengan anak
Bebanan kerja kadang-kadang mengurangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Bila balik rumah dah penat dan letih untuk melayan karenah anak-anak.
3) Penyediaaan makanan yang berkhasiat
Masa sangat penting untuk ibu bekerja. Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk anak-anak yang sedang membesar. Jadi sebagai ibu perlu bersedia untuk peruntukkan masa bagi menyediakan makanan untuk keluarga terutamanya anak-anak.
4) Masa bersama suami
Kadang-kadang tidak sempat untuk bersama suami kerana badan terlalu penat dengan kerja harian, melayan anak-anak dan kerja rumah.
5) Keletihan dan kelesuan
Masalah ini memang tidak dapat lari dengan wanita kerana wanita dilahirkan sebagai insan yang lemah. Bila terpaksa bekerja melebihi had sebagai wanita. Wanita perlu lebih bertenaga untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Saya pinjam gambar untuk saya
ReplyDelete<a href="https://miss-nadya.blogspot.com/2019/05/30-day-writing-challenge.html</a>