7 Tanda Hormon Tidak Stabil Yang Menyebabkan Tidak Subur

Sunday, April 16, 2017
Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesuburan untuk wanita yang ingin hamil. Masalah hormon tidak seimbang ini seringkali dikaitkan dengan gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda hormon yang tidak seimbang ialah :-

1. Berpeluh
Apabila hormon mengalami perubahan dan kita akan berpeluh lebih banyak dan cenderung berasa letih dan lelah. Hormon berperanan untuk berasa panas.

2. Haid yang tidak teratur
Kitaran haid bergantung pada perubahan hormon. Apabila hormon terganggu memberi kesan kepada kitaran haid. Masalah kitaran haid yang tidak teratur malah darah haid keluara terlalu banyak atau terlalu sikit mungkin disebabkan oleh hormon yang tidak teratur.

3. Tekanan dan emosi
Berasa tertekan, mudah marah dan emosi menyebabkan kemurungan.

4. Keguguran rambut
Rambut mudah gugur sekiranya hormon tidak stabil. Kestabilan hormon mempengaruhi kualiti rambut. Rambut yang sihat dan tidak mudah rapuh salah satu tanda hormon yang stabil.

5. Seksual menurun
Kualiti keghairahan seksual menurun disebabkan hormon yang tidak stabil.

6) Kenaikan berat badan mendadak
Petanda paling ketara ialah berat badan naik mendadak walaupun tidak makan banyak dan melakukan senaman dengan teratur.

7) Tidak subur
Wanita yang inginkan zuriat namun masih tidak berjaya mendapatkannya. Disarankan supaya menjalani pemeriksaan untuk memastikan sama ada mempunyai masalah hormon yang tidak seimbang.



Safeni Feni
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.