SUPLIMEN YANG SESUAI UNTUK PCOS

APAKAH ITU PCOS?


Ia ialah sindrom ovari polisistik yang memberi kesan terhadap sistem endokrin . Ini bermakna kitaran normal hormon telah diganggu sekaligus menyebabkan kitaran ovulasi wanita turut terganggu. PCOS merupakan salah satu penyakit berkaitan hormon yang biasa berlaku dikalangan wanita yang subur.

Ia lebih dikenali sebagai SINDROM berbanding PENYAKIT kerana ia muncul dalam corak yang boleh dijangkakan. Berikut merupakan ciri-ciri mereka yang mengalami PCOS :

1) Ramai wanita yang menghidap masalah PCOS mempunyai ahli keluarga yang menunjukkan gejala-gejala berkaitan seperti haid yang tidak teratur,pertumbuhan bulu di tubuh secara berlebihan atau diabetes.

2) Hiperinsulinemia dimana wanita tersebut mempunyai masalah hormon insulin yang berlebihan dalam darah dan kebarangkalian agak tinggi untuk mendapat diabetes tahap 2

3) Tahap hormon lutein(LH) dirembeskan secara berlebihan dalam badan. LH yang banyak menggangu fungsi normal ovari. Hasil gabungan perembesan LH dan insulin yang berlebihan akan menggangu fungsi ovari dimana ovari akan menghasilkan hormon lelaki yang berlebihan atau androgen. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pengeluaran telur daripada ovari

4) Kelenjar ovari dan adrenal menghasilkan lebih banyak hormon daripada biasa dan menggangu tahap hormon dalam badan

APAKAH RISIKO JIKA IA TIDAK DIRAWAT?


Jika tidak dirawat, PCOS boleh menyebabkan wanita berisiko untuk mengalami:

Ketidaksuburan sehingga menyukarkan untuk hamil
Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi
Kolestrol tinggi
Kegemukan
Apnea dimana pernafasan terhenti dan mula semula beberapa kali semasa tidur

APAKAH KESAN JANGKA PANJANG PCOS?


Pertumbuhan cyst kecil dalam ovari
Kanser rahim akibat perubahan hormon

APAKAH RAWATAN YANG SESUAI?


Rawatan bagi mereka yang mengalami PCOS ini biasanya diberikan ubat subur bagi membantu untuk hamil. Disamping itu diberikan juga rawatan "penentang insulin" bagi mengawal kadar insulin dalam badan.

Selain itu, dicadangkan mengambil suplimen bagi membantu mengawal hormon iaitu GLA COMPLEX. Ia akan membantu mengawal hormon estrogen dalam badan disamping menyekat pertumbuhan cyst. Disamping itu ia juga membantu mengawal paras insulin dalam badan dan ini secara tidak langsung dapat mencegah diabetes.

Pilihlah suplemen yang betul untuk masalah anda. Boleh hubungi Feni untuk info lanjut.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

No comments:

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.