PENTINGNYA SIDE INCOME ZAMAN HARGA MINYAK NAIK SETIAP MINGGU NI
Hidup dalam zaman mencabar hari ni memang perlukan isi rumah melakukan 2 kerja dalam satu masa. Kerja dengan majikan untuk dapat pendapatan tetap dan buat bisnes online secara sampingan. Ini adalah untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat pada zaman harga minyak tengah naik setiap minggu ni.
Kadang-kadang nampak remeh je bisnes online ni sebab nampak untung macam sikit. Namun bila diambil kira keuntungan bersih itu boleh menampung kos-kos yang mungkin sangat membantu kita. Dengan adanya side income ni kita tak perlu tunggu gaji untuk menyelesaikan perbelanjaan harian.
1. TAMPUNG PERBELANJAAN HARIAN
Bagi Feni, side income ni memang membantu Feni dalam belanja harian. Pagi-pagi bila hantar anak ke sekolah biasalah mesti akan singgah di kedai dulu. Kadang-kadang beli kui atau roti untuk sarapan anak-anak. Kadang belanja setiap pagi sampai RM5 hingga RM10. Kalau kira sebulan dah berapa. Kalau ikut gaji rasanya memang tak cukup.
2. TABUNGAN MASA HADAPAN
Bila dah buat bisnes online sebagai punca pendapatan ni. Bolehlah menyimpan sikit-sikit untuk masa depan. Feni memang ambik takaful untuk anak-anak sebab takut juga apa-apa yang terjadi pada kami. Sekurang-kurangnya bila kami tiada, anak-anak ada sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.
3. SIMPANAN KECEMASAN
Bila dah ada simpanan ni mesti kena ada simpanan kecemasan. Kalaulah tiba-tiba kena sakit ke. Nak kena pakai duit banyak. Dah ada simpanan kecemasan. Harapnya dijauhkan dari perkara buruk.
4. TABUNG PERCUTIAN
Yang ni paling best bila buat side income. Tabung untuk bercuti dengan family. Nak harapkan duit gaji sendiri asyik habis dok selesaikan masalah ekonomi rumah tangga. Kita buat bisnes untuk tampung belanja pergi bercuti. Anak-anak memang suka sangat kalau sebut pasal nak pergi travel. Bukankah seronok bila tengok anak-anak dan keluarga seronok ?
5. SELESAIKAN HUTANG
Banyak hutang boleh buat kita rasa tertekan sebab tak mampu nak bayar. 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Jadi jangan takut untuk memulakan perniagaan. Mulakan dengan apa yang ada. Side income ni kalau kena gaya boleh selesaikan segala hutang terutamanya yang pernah pinjam dengan PTPTN tu.
Jadi sekiranya anda sedang mencari peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan secara part time bolehlah menghubungi Feni :-
Safeni Feni
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
SID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: 01115672780
Email: feni8683@gmail.com
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !