6 PETUA UNTUK MENGATASI JERAWAT MELIAR DI MUKA
PUNCA JERAWAT
Jerawat sering mencacatkan penampilan tidak kira lelaki atau wanita. Paling parah kemunculannya boleh menyebabkan keyakinan diri semakin menurun sehingga boleh menjejaskan emosi. Jom ikuti beberapa petua untuk mengatasi masalah jerawat yang tumbuh segar di muka.
1. KAWAL PEMAKANAN
Ada orang kata bila makan kacang tanah, makanan berminyak dan bergorang lebih mudah jerawat tumbuh. Jadi untuk mereka yang ada masalah alahan terhadap makanan seperti kekacang hendaklah elakkan makan makanan yang mengandungi kacang. Seeloknya lebihkan sayuran dan buahan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan disamping itu mengelakkan jerawat tumbuh lebih banyak.
2. BIARKAN IA SEMBUH
Selalunya bila jerawat tumbuh di muka ni, tangan mesti gatal nak kutis-kutis dan pegang-pegang. Paling geram rasa nak je picit jerawat tu. Dinasihatkan supaya JANGAN ! Bila kita picit jerawat tu boleh menyebabkan kesan parut yang lambat untuk hilang. Jadi biarkan ianya sembuh dengan sendiri.
3. KAWAL TEKANAN
Stress atau tekanan adalah salah satu punca terjadinya jerawat. Jadi kawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan baik.
4. CARA TRADISIONAL
Antara petua tradisional untuk mencegah jerawat ialah dengan menggunakan KULIT KAYU MANIS. Caranya cukup mudah, kisarkannya dann ambil sesudu kecil, campurkan dengan air dan sapukan pada wajah. Jadikan macam scrub. Ia juga boleh memudarkan kesan parut jerawat dan membuang sel kulit mati.
5. JAGA KEBERSIHAN DIRI
Ini sangat penting bukan sahaja untuk bahagian muka. Bila satu badan bersih secara tak langsung bahagian muka juga akan bersih. Gunakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka. Jangan gunakan sabun mandi untuk mencuci muka.
6. AMALKAN SUPLEMEN
Suplemen adalah makanan tambahan yang penting untuk membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Maklumlah kadang-kadang kita ni makan pun tak tentu masa. Makan pulak banyak di kedai dan kebanyakannya segera. Jadi pengambilan suplemen boleh membantu dalam mendapatkan kulit yang diimpikan. Cadangan suplemen untuk kulit adalah ESP, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen Powder.
Jadi jomlah amalkan petua mudah ni ya. Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dan SUPLEMEN UNTUK KULIT ni bolehlah kontek Feni atau ORDER SINI.
Tiap Kali jerawat tumbuh j tgn gatal nk picit. Tapi Tu la tgl parut laa..
ReplyDelete