JALAN-JALAN HILANGKAN STRESS DI TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Tak tahu kemana nak pergi bila hujung minggu kali ni. Abah bawak kami anak-anak dan beberapa sahabat kerja ke TAMAN EKO RIMBA KANCHING yang terletak di Rawang, Selangor.
Bayaran masuk ialah RM2.10 bagi dewasa. Manakala kanak-kanak adalah percuma.
Kami ke sini untuk menikmati keindahan suasana alam yang memang susah sangat nak jumpa di Kuala Lumpur ni. Masa nak masuk ke dalam ni, ada brother yang jual ais krim tu cakap level 3 pun dah dalam jadi sangat tak sesuai untuk anak-anak kecil.
Kami hanya berjalan sikit je mencari tempat untuk berkelah. Ada beberapa buah pondok yang disediakan untuk berkelah. Kami berkelah disitu.
Kami tiba di sini dalam pukul 12 tengahari. Masa ni memang lapar gila sebab pagi tak sarapan. Hahaha. Sampai terus buka bekalan dan masak. Menu yang kami masak simple-simple je. Ikan bakar, ayam goreng, sambal kicap dan last sekali megi.
Aktiviti mandi manda hanya dienjoy oleh anak-anak sebab kami sibuk dengan aktiviti masak dan makan.
Suasana disini okey namun kualiti airnya kurang bersih sebab banyak keladak. Bila kita pijak air tu banyak keladak yang keluar. Nak mandi kena bersihkan tempat dulu bagi daun-daun turun.
Makanan kena jaga sebab banyak sangat penghuni sini (kera) menunggu peluang nak curi makanan kita. Orang nak mandi dia pun sibuk nak mandi. Macam-macam gaya dia buat. Siap menyelam bagai. Geram nengoknya.
Next travel nak pergi mana pulak ye ? Dekat-dekat pon okeylah janji boleh hilangkan stress ni. Hihuuu.
Okey bye. Happy closing today.
No comments:
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !