PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI 3 HARI 2 MALAM

Tuesday, October 10, 2017
Alhamdulillah percutian kami kali ni lebih seronok sebab pergi bersama keluarga suami. Mak mertua, ayah mertua, adik beradik suami serta ipar duai. Tak cukup corum bila satu family adik ipar tak join sebab anaknya masih kecil lagi.

Kami bergerak awal ke KLIA sebab takut jem. Maklumlah jalan rumah kami ni masih belum dinaik taraf lagi. Jadi terpaksa bersesak ditambah dengan kami pergi waktu hari kerja. Lagi teruk jemnya.

Kami parking kereta di hentian Putrajaya sebab bayaran parkingnya tak mahal. RM4.00 sehari. Kalau parking di KLIA dengar cerita sampai RM50.00 sehari. Jadi untuk menjimatkan kos kami parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Tambang kami untuk 4 orang (2 dewasa 2 kanak-kanak) jumlahnya RM27.20. Kalau pergi balik semuanya RM54.40. Jadi boleh bajet siap-siap berapa kos untuk berjalan.

Kami sampai awal di Hentian Putrajaya dalam pukul 7.50 pagi. Sarapan siap-siap di situ barulah beli tiket dan terus ke KLIA.




Sementara menunggu waktu Check-In kami sibuk berwefie bersama-sama. Merakamkan kenagan untuk kali ni. Maklumlah semuanya tak pernah naik kapal terbang. Hanya 2 orang je yang pernah.




Beg kami. Yang belum diwrap. 

Aktiviti kami hari pertama selepas sampai di Langkawi ialah cari makan dulu. Mula nak pergi makan kat tempat yang kawan-kawan suggest. Cari punya cari tak jumpa. Tutup ke ape tak tahu. Last-last kami makan je kat kedai makan yang kami jumpe. Alhamdulillah sedap dan murah. Ayah mertua belanja. Hihi

Kemudian kami gerak ke UnderWaterWorld. Kami di situ dalam sejam je. Pukul 6 waktu last masuk. Kemudian baru balik Check In Apartment. Kami bermalam di Perdana Beach Resort. Kami masuk dalam pukul 7.30 malam. Mandi, solat dan berehat. Malam kami keluar jalan-jalan amik angin ke pantai Chenang. Tapi tak turun kereta pun sebab anak-anak dah tidur. Balik rumah dalam pukul 11.00 malam terus boom tidur sampai pagi. 

06/10/2017- Jumaat
Bangun awal pagi dan bersarapan di rumah. Abang Fairus beli roti canai, nasi bungkus dan kuih muih di kampung seberang jambatan berdekatan dengan apartment yang kami tinggal.

Pukul 8.00 kami terus bergerak ke tempat Cable Car.



Kami semua naik cable car ni kecuali mak sebab dia takut. Puas jugak memujuk dia tak mahu. Last-last dia duduk je bawah sorang.

Perasaan bila naik cable car ni mula-mula rasa relax je. Sampai kat tengah memang nak tercabut jantung bila tengok dia punya cable tu mencacak naik ke atas. Adoi pejam mata. Namun sempat juga merakam beberapa gambar kenangan di sini walaupun kaki macam cramp tak boleh jalan.





Mereka berempat ini sungguh berani kerana berjaya turun naik tangga nak pergi ke jambatan. Kami tunggu di atas.



Mak Yong hamil 4 bulan tidak mahu mengalah.

Sky Cab ni start pukul 9.00 pagi. Kami ambil masa dalam 2 jam duduk di atas. Dalam pukul 11.00 kami turun bawah. Pengalaman ni tak datang banyak kali. Jadi alhamdulillah dah pun merasa. Kami pilih pagi sebab takut cuaca petang hujan. Kalau hujan atau ribut atau berangin memang tak boleh naik cable car ni.

Next, kami ke 3D. kat sini ambil masa yang lama jugak la sebab ramai orang. Nak bergambar kena tunggu turn. Kami banyak ambil gambar disini. 




Kemudian kami terus ke Taman Buaya.

Masa ni lepas makan, jadi masing-masing dah penat dan mengantuk. Ada yang sakit kepala sebab panas semua ada.

Lepas ke Taman Buaya kami teruskan ke Langkawi Wildlife Park. Kat sini boleh tengok macam-macam haiwan. Anak-anak paling suka. Tetap meneruskan perjalanan walaupun masing-masing dah penat.















Di WildLife ni kita akan diberi voucher untuk claim makanan haiwan. Boleh claim di kaunter makanan. Mereka akan bagi makanan haiwan macam kacang, kuaci, pilet dan carrot. Bila lalu di kandang haiwan tu bolehlah bagi makan. Setiap sangkar atau kandang tu akan tulis dia makan apa. Jadi kita bagi lah makan ikut apa yang haiwan tu makan.


Lepas tu kami gerak ke HIG untuk shopping coklat. Sampai kat HIG pun dah senja. Shopping sikit-sikit terus balik tempat menginap. 

Sebelum tu kami ke Pekan Kuah dulu nak ambik gambar dengan helang.



07/10/2017 - Sabtu

Bangun awal pagi untuk ke Pantai Chenang. Kami keluar dari rumah pukul 8.00 pagi. Cari makan di kedai yang jumpa di tepi jalan. Macam biasa kami makan roti arab dan nasi campur. Ikut selera masing-masing.


Datang Langkawi tak pergi pantai sungguh rugi. Jadi kami pun ambik masa sejam disini. Anak-anak tak lepas peluang mandi dan main korek pasir.


Dalam pukul 10.00 pagi kami gerak balik ke apartment sebab nak mandi kolam pulak. Mandi kolam pun tak lama sebab nak bersiap untuk balik.




Perkara yang best memang ambik masa yang singkat je kan. Rasa tak cukup 3 hari bercuti. Nak-nak pulak bila bersama family tersayang.

Lepas mandi kolam terus naik dan bersiap untuk pulang. Pukul 12. Kami dah ready untuk check out. Terus ke airport sebab nak terus check in. Flight kami delay. Pukul 3 lebih baru terbang. Kami sampai di KLIA pukul 4.50 petang.

Alhamdulillah percutian keluarga yang best dan inshaAllah ada rezeki kami akan kembali lagi ke Langkawi.

2 comments:

  1. Seronoknya bercuti beramai-ramai. Dah lama x pergi Langkawi. Banyak tempat Tak pegi lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan awal pergi ramai-ramai mesti best. Tiket nak masuk ke sana tu Feni beli siap-siap masa di MATTA FAIR PWTC Sept 2017. Memang jimat sangat.

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.