5 CARA HILANGKAN LENGUH-LENGUH KAKI DENGAN MUDAH

Thursday, November 16, 2017
Sejak akhir-akhir banyak nau berjalan sebab nak settekan satu event untuk opis. mula dari hari Ahad lepas lagi dok tawaf di Jusco Balakong. Dahlah jalan pakai seliper yang berat dan agak tinggi sikit. Nak jalan punyalah seksa. Rasa nak jalan kaki ayam je.

Isnin datang opis sambung pulak kena cari stand untuk cup cake. Jenuh berjalan di Chow Kit nak cari benda tu. Habis semua kedai Feni dengan Kak Diana jejak. Nak beli stand untuk 60 biji cup cake. Ko rase ? Hahaha. Ade tu memanglah ade namun regenya mak aiii sampai RM450. Telan air liur Mak Jemah. Last-last balik saja. 

Mula-mula nak naik teksi je. Namun driver teksi tu melampau. Dari Chow Kit ke Plaza Permata dia mintak sampai RM10. Kak Diana cakap takpe terima kasih. Makanya bertambahlah kami berdua jalan kaki ke stesyen monorail. Jalan kaki lagi. 



Berhari-hari jugak la sakit ni. Ni adalah antara tips untuk hilangkan lenguh-lenguh kaki yang Feni buat untuk melegakannya.

1. RENDAM KAKI DENGAN AIR PANAS

Balik rumah terus jerang air dan masukkan dalam baldi. Air suam-suam dicampurkan dengan sedikit garam. Rendam kaki untuk beberapa minit hingga air sejuk.

2. SAPU MINYAK PANAS

Yang ni memang biasa Feni buat. Senang dan mudah tapi kena berebut dengan 2 ketul di rumah tu. Bila kita nak sapu diorang pun sibuk nak sapu. Secara automatik kaki diorang pun sakit.

3. TINGGIKAN KAKI KETIKA TIDUR

Bila nak tidur Feni letakkan bantal di hujung kaki untuk tinggikan kaki. Ini membantu melancarkan perjalanan darah. Wanita mengandung memang digalakkan buat macam ni. Feni yang tak mengandung pun masih buat benda ni. Memang membantu melegakan kaki.

4. MINUM AIR KOSONG BANYAK

Lenguh-lenguh juga mungkin berpunca dari badan yang kurang air. Cuaca yang tidak menentu sekarang ni memang memerlukan kita minum air kosong banyak-banyak. Rasa macam badan lemah-lemah dan panas tu memang kurang air la tu. Jadi Feni akan minum air suam banyak-banyak terutama ketika di opis sebab air cond opis memang sejuk gilerr.

5. AMBIL OSTEMATRIX

Suplemen ni sangat-sangat membantu Feni. Memang berbeza sebelum ambil ostematrix dengan selepas ambil. Kaki yang lenguh-lenguh lega dan rasa ringan je. Ostematrix ni kaya dengan kalsium yang membantu menguatkan tulang serta melancarkan perjalanan darah. Feni ambil 2 biji sebelum tidur dan 2 biji selepas makan tengahari.



Untuk pesanan/maklumat lanjut boleh hubungi Feni.

Safeni Feni
Shaklee ID : 1193591
SMS | Telegram | Whatsapp: +601115672780
Email: feni8683@gmail.com

Atau


3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ookay. Boleh cuba ni. Kena beli bola tenis nanti. Kat rumah belum ada bola tenis

      Delete

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Kak Feni. Sila tinggalkan komen untuk Kak Feni kunjung ke blog anda kembali. Thanks !

Powered by Blogger.